Kenapa saya tiba-tiba nak tulis topik ni? Padahal baby pun belum lahir, tiba-tiba je mama cerita nak berhentikan susu badan. Bukan begitu sayangku, sejak akhir-akhir ni mama dapat tahu macamana stress nya fizikal dan mental ibu yang menyusu dua anak sekaligus. Jadi mama share tips dari my sis (mak long, ibu abg Adam, sepupu kamu wahai anakku), ummu insyirah, ummu aqeel dulu, mungkin kemudian nanti mama update tips yang lebih saintifik yang ada clinical evidence.

adam dan design highwaynya

adam dan design highwaynya

From mak long (my elder sister), Adam adalah merupakan seorang penghisap susu ibu tegar (hehhee). Adam beruntung kerana ibunya berjaya memberi susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan kerana ibu Adam sanggup bercuti untuk menyusukan anaknya sepenuh masa. Setelah 6 bulan kelahiran Adam, mak long mula bekerja di mana waktu kerjanya bermula pada pukul 8 pagi sehingga 5 petang. Maka Mak Long akan memerah susu ibu dan mak tok Adam akan memberi susu tersebut pada Adam semasa tempoh bekerja. Adam tak mahu langsung susu formula, dan memang anti dengan bau susu formula. Sampailah umur Adam 2 tahun, adam tetap menjadi penghisap susu badan 100%(weaning telah bermula, Adam dah mula makan cereal for baby seawal 6 bulan, namun hanya minum susu ibu tanpa bercampur dengan susu formula). Maka usaha untuk memberhentikan susu badan bermula. Berikut tips yang mak Long berikan:

  1. Ibu mesti tegas untuk memberhentikan susu badan, dan kawal emosi sedih tengok anak yang betul-betul rindu dengan susu ibu.
  2. Perkenalkan susu botol lebih awal, di mana isi susu botol itu diisi dengan air ribena, air oren dll supaya anak sudah biasa dengan puting susu botol.
  3. Belikan susu tepung yang tidak hanyir dan berbau sedap dan rasanya sedap. Mak Long belikan adam susu tepung perisa vanilla yang sangat sedap, sampaikan mama pun suka join minum susu tu. Mama tak ingat nama susu tu.
  4. Bawa anak pergi jalan-jalan tengok bayi-bayi lain menghisap susu botol, melawat zoo atau tempat peranginan, di mana dalam kes Adam, dia betul-betul berminat untuk menyusu botol apabila melihat seekor anak orang utan sedang menghisap susu botol di Bukit Merah Laketown Resort. (kelakar betul teringat masa ni)
  5. Mak Long pernah sapu puting dengan sayur peria untuk memberikan rasa pahit. Semenjak itu, Adam jadi insaf dah tak mahu hisap susu ibu lagi. Tapi saat tu betul-betul menyedihkan mak long.
)

Insyirah yang mashaAllah cun depan Masjid Nabi :)

Tips dari Ummu Insyirah,

  1. Perkenalkan botol susu yang comel-comel supaya anak tertarik untuk menggunakan susu botol
  2. Bersabar walaupun ambil masa 2, 3 bulan untuk anak sesuaikan diri dengan susu botol

Tips daripada Ummu Aqeel (Ummu Aqeel hari ni dah dah due untuk giving birth baby keduanya di Malaysia, semoga Allah mudahkan urusan ummu Aqeel),

  1. Ibu hendaklah bertegas untuk tidak memberikan susu ibu kepada anak, kerana dalam kes Aqeel, dia mengambil masa 2 minggu walaupun kadang-kadang dia mencari susu ibu. Lama kelamaan Aqeel sudah tertarik dengan susu formula dan meninggalkan susu ibu dengan sendiri.

SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ

“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

Nur Izah Ab. Razak

7 Muharram 1430@ 3 Jan 2009

Madinah Al-Munawwarah.