Kawasan solat muslimin, berpusu-pusu manusia menuju ke Masjid Nabawi untuk solat

Kawasan solat muslimin, berpusu-pusu manusia menuju ke Masjid Nabawi untuk solat

Gambar-gambar ni tak lah secantik dan sehebat gambar Saiful Nang atau Udey Ismail atau Kamitaken atau yang lain2 nya. Tapi daripada tak amik gambar baik amik walaupun bukan menggunakan kamera canggih-canggih. Walaupun begitu naseb baik ada kamera cap pensel ni, boleh la sket2 snap gambar yang teringin di hati..

depan al majidy hotel, betul-betul depan masjid Nabi

depan al majidy hotel, betul-betul depan masjid Nabi

Selepas habis ibadah haji, sebahagian jemaah akan bertolak ke Madinah dari Makkah untuk ziarah beberapa tempat yang istimewa di bumi barakah ni. Saya dah tulis la sket2 tentang ziarah luar di Madinah ni, tapi gambarnya tak ada, jadi nak cerita pun jadi tak best sangat pula. Jadi musim sebelum haji dan selepas haji akan menyaksikan kebanjiran manusia dari seluruh pelusuk dunia bertaburan di bumi Madinah ni, sampai nak tengok orang tempatan pun payah..

luar masjid Nabi, kawasan solat Muslimat melimpah-limpah nak sampai ke pagar masjid

luar masjid Nabi, kawasan solat Muslimat melimpah-limpah nak sampai ke pagar masjid

ambulan dalam kawasa masjid Nabi

ambulan dalam kawasan masjid Nabi

parking bawah masjid Nabi

parking bawah masjid Nabi

Kami selalu parking kat bawah tanah, jadinya sekarang ni parking lengang sikit sebab penduduk Madinah tak keluar sangat..

SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ

“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

Nur Izah Ab. Razak

1o Muharram 1430@ 6 Jan 2009

Madinah Al-Munawwarah.