Selalu baca resepi ayam masak lemon dari majalah-majalah. Sebelum bertolak ke Madinah dulu, saya ada beli satu buku resepi bertajuk Resepi 30 minit Chef Kamarul. Nak buat persediaan supaya boleh memasaklah harap-harapnya bila hidup dengan suami di Madinah nanti. Hihihi. Buku ni bagus, ada cerita tentang resepi-resepi yang sedap tapi menjimatkan masa, tips-tips kat dapur dan sebagainya yang memudahkan saya organise dapur secara optimum. Antaranya ialah resepi Ayam Masak Lemon. Tapi seperti biasa saya suka simplify resepi untuk memudahkan saya memasak dan cepat siap tapi sedap.

Maka terciptalah satu resepi berasaskan resepi Chef Kamarul tu tapi saya ubah supaya lebih mudah dan menjimatkan masa. Ayam Masak Lemon ni antara menu yang menjadi peberet satu-satunya pelanggan setia saya iaitu Mr Fawwaz..huhuhu. Ada permintaan supaya saya publish resepi Ayam Masak Lemon yang dijual pada Hari Kantin PPM hari tu. So jom layan resepi mudah ni..

Ayam Masak Lemon

ayam lemon

ayam lemon

Bahan-bahan

  • 1 Ekor Ayam
  • 2 biji lemon (kalau nak kurangkan masam boleh kurangkan lemon). Hiris sikit untuk hiasan.
  • 10 tangkai cili hijau (boleh tambah kalau nak pedas)
  • Tepung salut ayam (tepung gandum biasa pun boleh, jika nak lagi sedap guna tepung tempura)
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • Serbuk lada putih
  • Garam
  • Gula

Cara-cara

  1. Rebus ayam sampai masak
  2. Toskan ayam tu (air rebusan ayam biar dalam periuk nak buat kuah lemon nanti) dan perap dengan serbuk lada putih selama 3 jam (lagi lama lagi sedap)
  3. Campurkan tepung tempura dengan sikit air, kemudian salut ayam yang dah diperap tadi dengan tepung tempura, goreng macam goreng ayam biasa, angkat bila dah garing
  4. Untuk kuah lemon, campurkan air rebusan ayam tadi dengan serbuk lada putih, garam gula secukup rasa, masukkan tepung jagung yang dah dibancuh dengan sedikit air untuk memekatkan kuah. Tutup api, dan masukkan lemon dan cili hijau tadi. Campurkan ayam goreng tadi ke dalam kuah lemon.
  5. Tabur hirisan lemon untuk hiasan.
  6. Siap untuk dihidangkan.

p/s: PPM offer nak bagi tender Catering untuk official PPM’s programme akan datang. Hihihi, tak layak rasa. Tak larat kot ya..kalo amik tender air kacang soya tu larat lagi rasanya. Anyway jazakallahu khair sebab tawarkan tender…Teringat pula kisah pengangguran yang semakin menjadi-jadi kat Malaysia. Saya rasa banyak cara kita nak cari rezeki, yang penting tak perlulah jadi selektif sangat. Graduan jangan fikir nak kerja di tempat berhawa dingin, makan gaji yang selesa saja, fikir cara kreatif dan tanam sikap keusahawanan dari sekarang. Jangan terkejut kalau saya katakan ada senior-senior graduan perubatan jual ayam, jual cacing, jual bunga untuk jadi usahawan. Bukankah rezeki itu lebih jika kita berniaga? hihihihi…otak bisnes betul..

SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ

“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

Nur Izah Ab. Razak

2 Rabi’ul Akhir 1430@ 29 MAC 2009

Madinah Al-Munawwarah.