
smka shams
Sejak dari sekolah menengah dulu, saya mula tertarik dengan jubah. Nampak kawan-kawan yang duduk asrama pakai jubah tenang je hati ni. Warna jubah lembut macam pastel colour tu memang menawan bagi saya. Masa buat gathering dengan kawan-kawan sekolah rendah (Sekolah Kebangsaan Temiang, Seremban), saya satu-satunya bekas murid yang berjubah. Kawan-kawan yang lain dah banyak berubah, ramai yang cabut tudung dari kepala. Yelah, dulu Ustaz Supri Rahimahumullah tegas dengan kami. Kalau kami tak pakai tudung, kene pakai beg sekolah kat atas kepala. Ada yang merungut kenapa Ustaz Supri paksa macam ni, tapi mana berani nak cakap depan ustaz. Tapi sayang lepas habis sekolah semua tunjuk belang masing-masing. Pakai baju ketat-ketat macam baju saiz baby tu. Pakai seluar yang tak cukup kain dan macam-macam lagi. Itu cerita masa sekolah rendah. Naik sekolah menengah, sekolah agama (SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban), peristiwa tak seteruk itu. Mungkin kami merupakan lepasan sekolah menengah agama, ramai yang masih memelihara aurat. Namun saya kesal terdapat juga segelintir dari kami yang telah membuka aurat menampakkan rambut yang sepatutnya dikhususkan untuk suami tercinta. Itu belum masuk cara bertudung yang jarang, bertudung pakai baju ketat dan sebagainya.
Saya malu hendak menjawab jika sahabat-sahabat di Darul Hafizhat, Madinah Al-Munawwarah bertanya, “Malaysia adalah negara yang mengamalkan Islam bukan?” Mereka sering membayangkan Malaysia seperti Arab Saudi yang mana majoriti besar kaum muslimatnya menutup aurat dengan baik, sistem pemerintahan adalah mengikut ajaran Islam yang sebenar dan sebagainya. Ada seorang isteri kepada pelajar Master Universiti Islam Madinah yang berasal dari Nigeria berkata pada saya “Pada mula saya ingat Malaysia adalah negara yang mengamalkan Islam secara keseluruhan, tapi saya hampa, sepupu saya tinggal di Malaysia, tapi menurutnya orang Islam di Malaysia hidup seperti orang Amerika”. Ahhh..bertambah pilu hati saya. Tapi itu kenyataan yang harus saya telan.

Sampai di sini, antara benda yang terawal yang dibeli oleh suami ialah abaya hitam dan niqab. Saya selalu dihantui dengan pandangan pesimis terhadap orang yang berniqab (orang Malaysia selalu sebut berpurdah) dan berjubah hitam seratus-peratus ketika di Malaysia dulu. Saya selalu mendengar bahawa orang yang berjubah atau berniqab itu adalah golongan yang kurang sanitasinya, kurang pendidikannya, kurang ekonominya dan pelbagai macam lontaran yang buruk terhadap mereka. Malah jika anda ingat kembali, pernah suatu ketika segelintir masyarakat kita menggelar mereka yang berpurdah seperti hantu kom-kom dll. Begitu sempit pemikiran mereka ketika itu. Sampai satu hari di mana negara Malaysia dikejutkan dengan epidemik virus influenza dan selsema burung tidak berapa lama dahulu. Kemudian berpusu-pusu lah orang ramai pergi ke farmasi dan sebagainya untuk mendapatkan bekalan topeng menutup muka sebagai prevention dari terkena jangkitan tersebut. Kemudian saya mula terfikir akan kebaikan memakai niqab sejak dari hari itu. Walaupun jika saya tidak memakai niqab sekalipun, pandangan saya terhadap pemakaian niqab telah 100% berubah, tambahan lagi dengan biah kehidupan saya di Madinah Al-Munawwarah yang ternyata memberi kesan signifikan pada saya untuk memandang secara saintifik dan opitimistik terhadap pemakaian niqab dan jubah (abaya) secara konsisten. Ternyata kebaikannya terlalu banyak..
Teringat kembali ketika saya masih bertugas di hospital dahulu, saya pergi merawat pesakit dengan jubah. Tidak sedikit pun saya rasa jubah itu akan menghalang tugas saya sebagai seorang doktor. Malah saya pernah berkali-kali naik ke atas katil pesakit dengan jubah untuk memberi bantuan CPR dengan cergas dan kompeten. Tidak ada seorang pun kakitangan hospital yang berani menegur saya supaya menukar jubah kepada pakaian lain. Saya menghormati pakaian anda, maka hormatilah pakaian saya dengan cara yang sama. Itu konsep saya. Lagipun lebih banyak permukaan kulit saya yang terlindung dari kekotoran berbanding jika doktor itu memakai skirt ketika bertugas. Ini logik, tak perlu begitu saintifik.
Pemakaian abaya dan jubah juga sangat praktikal dan menjimatkan masa. Saya tak pernah memakai telekung untuk solat di sini. Cukup dengan abaya, tudung dan stoking. Kemudian saya bebas pergi ke mana-mana dengan abaya atau jubah. Begitu juga ramai sahabat saya yang dengan mudah boleh menyusukan anak dengan aurat yang terjaga di mana-mana dengan pemakaian tudung dan abaya ini. Abaya jenis butang di hadapan juga amat sesuai bagi mereka yang ingin mengepam susu di dalam kereta, dengan syarat anda perlu memakai tudung yang labuh!! Tidak perlu bersusah payah membeli nursing cover, nursing blouse dan sebagainya yang boleh tahan harganya. Oh sangat praktikal bagi mereka yang sibuk yang ingin bergerak pantas.

Setelah tinggal di sini, saya menemui pelbagai jenis abaya dan jubah yang boleh dipakai di rumah atau di luar rumah dengan pelbagai warna dan fesyen yang menarik. Begitu juga dengan harga yang ditawarkan, memang pelbagai. Saya mula survey harga-harga jubah dan abaya yang ditawarkan di Malaysia. Terdapat harga jubah yang boleh dikategorikan sebagai mampu milik namun kebanyakannya mahal. Dengan gaji saya sebagai pegawai perubatan, saya sendiri rasa sukar untuk mengeluarkan wang sebanyak RM200 ke atas untuk sehelai jubah. Sayang rasanya. Mungkin bagi orang lain, mereka tak kisah, jubah RM200 itu kecil sahaja, setakat beli sehelai jubah tak ada masalah. Tapi itu bukan saya.
Maka apabila saya bandingkan harga jubah dan abaya di sini, harganya jauh lebih murah. Kita boleh memiliki abaya yang berkualiti tinggi dengan harga mampu milik. Saya selalu memasang cita-cita untuk menjual abaya dan jubah mampu milik kepada muslimah di Malaysia. Bermula dengan jualan secara borong kepada pengedar My Beautiful Abaya, saya berharap perniagaan abaya dan jubah mampu milik ini akan berterusan dan boleh membantu semua muslimat di Malaysia menutup aurat dengan sempurna dengan abaya mampu milik. Saya cuba mensasarkan edaran abaya yang berharga bawah RM100 untuk pasaran abaya mampu milik di Malaysia kelak, doakan saya berjaya..
Kenapa saya pakai dan jual abaya@jubah? Kerana saya telah jatuh cinta dengan pakaian ini…
p/s: Tahniah diucapkan kepada pelajar kita di peringkat Master di Universiti Islam Madinah Saudara Husaini yang telah berjaya dengan sangat cemerlang (Mumtaz Syaraf Ula) dalam munaqasyah masternya hari ini. Mabruk..Terdahulu Ustaz Lokman @ Abu Umair telah berjaya mendapat kejayaan yang serupa, mabruk.
SURAH AS-SAAFAT AYAT 100
رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ
“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”
Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.
(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)
Nur Izah Ab. Razak
3 Rabi’ul Akhir 1430@ 30 MAC 2009
Madinah Al-Munawwarah.
salam..sy minat sangat dengan abaya ni..kenapa kak izah x cuba isi ms lapang (kalau ada) untuk bt sale abaya online..sy antara yang berminat..lagi2 kalau abaya yang mampu milik tuu..
salam marsyalaila, alhamdulillah minat ngan abaya ya, inshaAllah bila balik malaysia nanti akan diusahakan ke arah itu, moga-moga dipermudahkan Allah. Jika berminat dengan order bukan borong boleh YM nur_izah207@yahoo.com, nanti akak cuba bagi nama dan YM/no.phone pengedar di Malaysia..
Izzah…alhamdulillah terjumpa blog izzah ni masa saya tgh survey2 nk beli jubah 0r abaya hitam secara online…nak sgt izzah beli abaya hitam ni, harap izzah boleh tlg ye…kalau boleh tanak la mahal sgt.
Salam Ju@Juhaina@Juwin,
Sekarang dah takda stok abaya dah, tengah nak menanti new stok, tapi lambat laginya…ehehhe..sekarang masa ketat sikit lah Ju..maaf ya..
salam..abaya mcm kat atas tu nampak mcm jenis eksklusif kan akak..cantek, sesuai untuk majlis2 istimewa.biasanya klu yg mcm tu, berapa harga RM lebih kurang la..kat m’sia ada sy tgk, tp biasa mahal la dlm RM200++..ym sy, marsyalaila@yahoo.com
salam marsyalaila, kita berhubung di YM terus inshaAllah..barakallhu fik
Salam izah..k kin dah jawab emel. Hmm…tahniah atas usaha dan kesungguhan bisnes abaya tuh. semoga berjaya, mudah2 an…
. {nama sekolah kita sama la…shams…hihih..tapi k kin shams k.trg ..mmm…rasa2nya zaman sekolah dulu penah sampai kat shams seremban tuh…
.}
Salam kak kin, terima kasih banyak, nama sekolah kita sama rupanya..hihihi..
salam…
alamak..jelesnya! cantik sgt2 abaya tu…
tp sy pkai jubah skali dua je baru..
yela..jubah pun satu je baru..
sdih btol..hehe~
Salam sirrul asma, akak tak sure adik ni yang mana satu, taaruf jom via YM, jika minat beli abaya atau jubah sehelai dua akak boleh bagi id YM pengedar My Beautiful Abaya kat Malaysia..jazakallahu khair.
salam..
jubah dgn abaya tu same ke??
Salam sirrul asma, jubah jenis kainnya lebih tebal, tak perlu pakai pakaian satu lagi di dalamnya, tapi abaya lebih ringan dan nipis (ada juga jenis tebal) tapi selalunya kita perlu memakai selapis pakaian di dalamnya.
salam,wah…ader lg ker sale2 ni…klu msh ader teringin gk nk bli klu ader y sudi nk tolng…
Salam nurul.batrisya, tawaran harga runtuh dan kargo dah tamat dear, baru je hantar packaging jubah dan abaya kepada transporter..anyway if ada berita terkini tentang My Beautiful Abaya, i’ll let u know..
wah.. semua berminat dgn abaya.. saya juga sangat berminat dan baru mula nakmengumpul koleksi.. tapi biasa lah.. dimalaysia susah dpt.. kalau ada pun mahal..
Salam Zoora, jika berminat dengan jubah dan abaya boleh email atau YM design yang diingini, ada design yang terbaru untuk dijual..nantikan
Ass… Kak Izzah di Madinah ke? Suami di Jami’ah Islamiyyah juga? Saya Indonesia, suami jg di Jami’ah. Suami kak siapa nama?
Salam, pengedar di Malaysia tu di area mana yer? Boleh saya hubungi untuk mendapatkan jubah tersebut? Hopefully takler mahal sangat…
Salam Pn. Izah, saya juga berminat nak dapatkan abaya.Spt kata Pn. di Malaysia ni memang ada jual tapi harganya RM200 dan ke atas. Saya pk nak order dengan Pn. Izah, sekiranya x menyusahkan esp abaya (kain tebal) yang ada selendangnya sekali. Harap dapat reply ye
Abaya dalam gambar diatas tu cantik2 nampaknya. suker sangat…
assalamualaikum ya ukhti…
enti biktakmileh…
ukhti….ade jual niqab…
umi saya teringin mencubanya…
assalammualaikum, saya gembira sebab terbaca ada ex-student SMKA SHAMS. Saya juga ex-student SHAMS tahun 1991-1993.Masa tinggal dihostel jubah adalah pakain yang ringkas dan menutup aurat. so kebanyakan student mesti ada jubah. Saya berminat dengan jubah2 yg Izah ada. macamana nak order
salam… saya berminat nak mulakan perniagaan jubah dan alatan keperluan muslim..boleh bagi tahu tahu saya harga dan dan pekara2 lain..
saya berminat untuk membeli abaya secara borong. boleh puan advise tentang harga?
Salam Dr Izah,
Saya memang tertarik dgn Abaya yg below RM100, but good material and yet nice colours/ fashionable. Tapi sayang, mostly kat M’sia the abayas are expensive. I would like to know the prices of your abayas because I could not see the prices here on the blog. Can you please advise me. Thank you!
salam, saya juga berminat dgn abaya, dan mencari abaya yg cantik tetapi harga bawah rm100. jika puan ada contact person, tlg emailkan ke saya, ye: n_yaqeen@yahoo.com. terima kasih!
Salam Nurul,
Sekarang kami tak ada stok lagi, jika ada kelak saya akan beritahu kemudian, terima kasih Nurul.
sy amat berminat dgn abaya..tp disini harga abaya agak mahal..jd sgt baik kalo abaya yg berkualiti tp dgn harga yg kurang dpd itu..biar ianya menjadi pakaian semua wanita di malaysia ini..jgn lah disbbkn harga yg mahal x ramai yg memakainya..jazakillah!
akak suker dgn jubah/ abaya nii…tp harganya yg mahal buatkan selalu
terbantut nk beli..
mmg nampak anggun dan sopan sekali..
smpai lanih tk dpt beli lagi abaya nii…
orng kata abaya dr dubai lawa dan berkualiti…
Salam Kak Zaa,
Sebenarnya harga abaya ni mampu milik, mungkin sebab imported, semua kos akan diserap menjadikan harga abaya lebih mahal..abaya saudi cantik, abaya dubai glamour..heheh
akak berminat nak beli secara borong jubah.
bagaimana nak hubungi anda?
bila akan balik ke malaysia?
Salaam…
Dear Nurizah…
Saya wakil daripada syarikat Arum yg menawarkan abaya dan niqab as produk utama.Kami masih baru dan website formal kami dalam proses so buat masa ni kami guna blog ni dulu.Stok terhad sebab baru but insya Allah stok yg baru dalam proses nak bawa masuk lagi.Our products come from mostly the middle east, dubai,UAE,Bahrain,Syria etc. ustom made pun ada and custom made dgn designer label material pun ada.Harga buat masa ni kami jual RM180 to RM280.We try not to sell more than RM300. Do singgah dan have a look ya.Kalau berminat contact me at email add ni atau call 019-3711601 (Norwahidah).Our main objective, nak tgk the whole of Malaysia ber abaya sama ada berhijab mahupun tidak yg penting tertutup dan sopan. Our motto…Go Ahead!Amuse Yourself!
Berapa harga jubah tersebut saya berminat.
Salam puan, saya berminat untuk mendapatkan jubah dan abaya. boleh saya dapatkan harga untuk sehelai dan pembelian secara pukal? terima kasih
salam saya ada terbaca blog izzah saya juga berminat dengan abaya ni tapi memandangkan harga pasaran disini terlalu mahal ada tak harga yang berpatutana & mampu milik .
masyaallah.kmi d sni sngat mnantikn .dn mndoakn kjyaan mu whai sudraku
salam klau d malysia kdai nya d mna ana duk kt klntn ni mcam mne nak dpbg thu lahatkn jubah or abya yg aka nurizah pnya?????
TOLONG SEND HARGA ABAYA&JUBAH COZ SAYA MEMANG NAK SET UP PERNIAGAAN INI DI KEDAH
SAlam Rasyidatul,
Saya akan maklumkan berita terkini kami selepas stok sampai..
KALAU BOLEH MELALUI SMS DI NO 0134437978. TQ
salam. kak nurizah. saya berminat nk beli jubah atau abaya tapi saiz kecil.harga bawah rm100.
Salam.. akak, saya berminat nak beli abaya terus dari madinah @ makkah..
saya pn berminat nk mmbeli, tpi kdg2 hrga yg di on9 trlalu mhal hu3.. adik ipar saya prnh mmbelikan saya jubah dn arbaya semasa brkhdmat di sana hrganya jauh lbh murah dri sini… ada x yg saya mmpu beli sktr rm90-100
Salam Zura,
Jemput ke http://abayadotcom.com, belian kedua dan seterusnya ada diskaun 10%..
Salam, Dr, Izah..Kak Izan pun minat dgn jubah2 ni..jual tak?
Salam Kak Norizan,
Kita ada special price untuk reseller, akak boleh hubungi 017-3208015. Tq ya
assalamualaikom saya umiqayyum sedang mencari pembekal jubah dan abaya dari madinah utk memulakan perniagaan keperluam muslim boleh maaklumkan kepada saya harga dan jubahnya. Kedai saya hanya kedai kecil.
saya juga berminat nak beli jubah madinah nie. camne nak dapatkannye ek?
assalamualaikum….saya just nak tau…size jubah di sana same ke dengan size jubah yang terdapat di pasaran malaysia ni….contoh S,M,L,X,L….or 36,38,40……
assalamualaikum saya berminat untuk membeli abaya secara borong..
salam .. nk tya, outlet kat mana? susah nk jumpa jubah under rm100. tq
Assalamualaikum semua… Saya Nurul, pembekal abaya. Saya sedang membuat stock clearance and semua harga abaya dibawah RM 100.00. Sesiapa yang berminat boleh berkunjung di link yang disediakan. http://www.mudah.my/li?ca=9_s&id=89497 (iklan di http://www.mudah.my untuk menghabiskan stok secepat mungkin)
Pada sesiapa yang berminat untuk membeli secara borong dengan saya pun dialu-alukan. Hubungi atau sms saya 012-6031390/014-8343413
assalam…
kt mn yea boleh dapatkan pemborong abaya mampu milik tu..
saya dah lama pasang niat nk nak mulakan perniagaan sambilan dalam jualan abaya ni..
noorsafinas@yahoo.com
Salam Enatt… boleh layari website sy http://sayasukabarangbundle.blogspot.com/
Buat masa ni cuma gamba2 yg dipaparkn saja yang ada stok. Disebabkn sy pun mmg nk habiskn stok2 yg ada sebelum next order, so harga boleh nego lagi
Kalau nk tgk katalog utk corak2 abaya/dress/jubah terbaru boleh bgtau sy ye.
p/s: previously sy buat jualan baju2 bundle sbb pakaian sy terlampau byk & after that my husband bg ilham utk besarkn business dgn menjadi supplier abaya/jubah/dress disebabkn sy sendiri suka pkai pakaian2 mcm tu.
boleh emailkan saya katalog abaya, dress, jubah terbaru x?
boleh. nanti sy update & email awk ye
As salam,,,sye nk taw jubah atau abaya dubai ade jual x,,kain yg jenis xtebal sngt n xjarang..cOz nk beli..lau dpt below 100,,nk beli pukal…boleh informkan pada sye..
Jubah yg sy supply jenis kain polyester spandex & xpanas. Price semua bawah rm100. Email sy 84nurulfa@gmail.com kalau berminat. Tq
Jubah yg sy supply jenis kain polyester spandex & xpanas. Price semua bawah rm100. Email sy 84nurulfa@gmail.com kalau berminat.
Assalamualaikum… Alhamdulillah, hati sya terbuka untuk berjubah since 1st time pakai jubah yang mak beli dari mekah. Memang selesa, rasa macam terjaga semuanya. sekarang nie memang teringin nak beli jubah n abaya di malaysia, tapi bila tengok harga, memang mahal sangat.. sya suka jubah arab sebab longgar dan takde ikut bentuk badan kalau nak di bandingkan dengan jubah malaysia, yang rata2 memang mengikut bentuk badan. kalau boleh, sya nak tau kat mana boleh saya dapatkan jubah dari arab dengan harga yang berpatutan?
salam kak sy berminat nak beli abaya full set dengan tudung and purdah..kak ada jual??kalau boleh price bawah rm 150..
assalamualaikum..alhamdulillah,akak nk belajar biz dgn pakaian muslimah sb akk dah jatuh cinta dgn pakain muslimah amin.. cmne bli borong.dgn izzah.email kan ke rosima63@gmail.com
Sy berminat untuk memulakan perniagaan jubah dan abaya terutama dari negara2 uae. sy tak tahu nk bermula dari mana. Skrg ni tengah berusaha mencari-cari material dan pembekal..
Ya allah saya amay berminat dgn pakaian jubah dan sekerang cuba mendidik anaj 2 perempuan asaya berjubah , tapi utk mencari pakaian jubah utk budak agak susah . Boleh info pada saya di mana saya boleh dapatkan
Salam Puan Haini,
Tahniah dengan minat yang sangat positif ini. Untuk abaya murah, stok selalunya boleh dibeli terus dari Madinah/Makkah atau negara timur tengah yang lain. Perkhidmatan membekal abaya murah dari AbayaDotCom sedang dihentikan sementara waktu kini. Bagaimanapun puan boleh bertanya dengan https://www.facebook.com/sitifatimah.matsaman?ref=ts&fref=ts, https://www.facebook.com/abuabdirrahman.mohdasri?ref=ts&fref=ts, mereka aktif menjual abaya dari Arab Saudi, boleh dapatkannya dengan harga mampu milik.
Harap membantu.