
tokoh-tokoh
Persidangan Alumni Universiti-Universiti Arab Saudi yang ke-3 di Universiti Islam Madinah (UIM) telah dianjurkan pada 11-13 Mei 2009 bersamaan 16-18 Jumadul Ula 1430 Hijrah. UIM telah menjemput tokoh-tokoh dari negara-negara Asia yang pernah menuntut di universiti-universiti Arab Saudi termasuk dari Malaysia.
Malaysia telah diwakili oleh Dr. Johari Mat (M.A Riyadh), Dr. Ahmad Najib Abdullah (B.A, M.A, Ph.D Madinah), Dr. Habiburrahman Ibramsa (B.A Madinah), Dr. Fauzi Deraman (M.A Riyadh), Dr. Ashraf Hashim (B.A Madinah).
Persidangan ini turut menjemput wakil-wakil dari negara-negara Asia yang lain seperti Dr. Muhamad Hidayat Nur Wahid (Ketua Majlis Musyawarah Rakyat Republik Indonesia, kalau di Malaysia dipanggil Speaker Parlimen seperti Tan Sri Pandikar Amin), Dr. Ahmad Hulayil (bekas Menteri Waqaf Jordan, kini sebagai Qadhi al-Qudhah** Jordan), menteri, duta, pensyarah, imam, dan lain-lain lagi yang mewakili negara masing-masing dari seluruh asia.
Pada sebelah malamnya pula selepas berlangsungnya majlis penutup alumni, PPM telah menjemput tokoh-tokoh Malaysia ke rumah PPM untuk mengadakan perjumpaan bersama dengan para Malaysia yang menuntut di Madinah. Kesemua tokoh telah diminta untuk memperkenalkan diri dan memberikan sedikit nasihat.

dr habiburrahman
Dr. Habiburrahman Ibramsa (B.A Madinah) pensyarah UIA

dr ahmad najib
Dr. Ahmad Najib Abdullah (B.A, M.A, Ph.D Madinah) pensyarah di Akademi Islam UM

dr johari mat
Dr. Johari Mat (M.A Riyadh) yang merupakan bekas pensyarah UM dan sekarang menjawat jawatan Ketua Eksekutif KIAS

dr radhi
Dr. Radhi Othman (B.A, M.A, Ph.D Madinah), pensyarah USM yang datang umrah secara kebetulannya dijemput sekali untuk memeriahkan majlis.

dr fauzi deraman
Dr. Fauzi Deraman (M.A Riyadh) pensyarah UM

dr asyraf
Dr. Ashraf Hashim (B.A Madinah) pensyarah UIA dan anak kepada bekas Mufti Wilayah Dato’ Hashim Yahya.
**Penggunaan yang paling tepat hanyalah untuk Allah sahaja.
p/s: Kempen Mari Mengenal Ulama’ telah kembali….
SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128
رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيم
Our Lord! And make us submissive unto You and of our offspring a nation submissive unto You, and show us our Manasik, and accept our repentance. Truly, You are the One Who accepts repentance, the Most Merciful.
Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
Nur Izah Ab. Razak
20 Jumadul Ula 1430@ 15 Mei 2009
Madinah Al-Munawwarah.
Terima kasih atas liputan kunjungan kami dalam blog Dr. Shukran Jazilan
Salam Dr Fauzi Deraman,
Terima kasih kerana Dr sudi datang melawat blog saya yang tidak seberapa ini. Ia satu penghormatan untuk kami sekeluarga. Jazakallahu khair buat Dr Fauzi Deraman.
Assalamualaikum…
Nak minta panduan akak macam mane nak verify seseorang tu memang
belajar dan lulus dari Universiti Madinah.
Buat sementara nie tu je
Wasalam
Salam perkenalan,
Saya sedang membuat kajian tentang seorang tokoh yang tinggal di Mekah, yang memerlukan saya pergi berjumpa untuk menemubual beliau yang difahamkan tinggal di sana. (Tempatnya dengan tepat saya belum pasti lagi) Mohon bantuan untuk membuat anggaran berapa kos sara hidup selama seminggu di sana, termasuk tiket kapal terbang, bas, tempat tinggal, makan minum dan lain-lain. Terima kasih, barakallah fikum.
Assalamualaikum, salam perjuangan.
Terima kasih Dr. atas liputannya. Saya sangat teruja apabila membaca kenyataan ini :
“Dr. Ashraf Hashim (B.A Madinah) pensyarah UIA dan anak kepada bekas Mufti Wilayah Dato’ Hashim Yahya.”
Tak sangka rupanya pensyarah saya ini merupakan anak kepada kawan ayah saya rahimahullah suatu ketika dahulu.