
baba grad with family
Alhamdulillah, result akhir baba dah keluar. Baba najah semua subjek. Bergenang air mata kami sekeluarga terharu dan bersyukur pada Allah yang memberikan banyak rezeki pada kami yang berada di saat yang genting semasa exam. Setinggi-tinggi tahniah buat baba kesayangan kami..we love you so much..Tahniah juga untuk semua kawan baba yang dah dapat result, mabruk semua.

batch baba yang grad
Hari tu kami ramai-ramai pergi teman baba ke Majlis Konvokesyen Graduan Malaysia di Arab Saudi kali yang ke-7. Majlis ini juga serentak dengan Majlis Perpisahan dengan Ustaz Radhi yang juga merupakan Konsul Pendidikan yang telah banyak berjasa dengan pelajar kita di Madinah malah di seluruh Arab Saudi. Terima lasih buat Ustaz Radhi sekeluarga.
Semoga satu hari nanti ada rezeki Abdul Bari untuk sambung belajar di sini pula nanti. Abdul Bari di Makkah Al-Mukarramah ni, teman baba, wan dan atok buat umrah. Semalam singgah rumah ammu Lotfi dan auntie Najwa tapi Abdul Bari lelap je, terima kasih banyak kerana masak lauk pantang untuk mama yang sedap..nyum-nyum.
Abdul Bari teringin nak buat tawaf sunat dengan baba tapi risau juga sebab sekarangkan heboh influenza H1N1 atau selsema babi tu, nenek Seremban Abdul Bari pesan dalam telefon tadi suruh Abdul Bari hati-hati sekarang. Rindulah dengan nenek dan atuk Seremban. Ok, Abdul Bari nak sambung tidur sebab dah kenyang lunch dengan mama tadi..hehehe
SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128
رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيم
Our Lord! And make us submissive unto You and of our offspring a nation submissive unto You, and show us our Manasik, and accept our repentance. Truly, You are the One Who accepts repentance, the Most Merciful.
Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
Ummu Abdul Bari (on behalf of Abdul Bari)
6 Rejab 1430@ 29 Jun 2009
Makkah Al-Mukarramah

8 comments
Comments feed for this article
June 29, 2009 at 1:04 pm
Kak Han
Tahniah dik! Alhamdulillah…suka akak dengar berita ni. Mabruk!
June 30, 2009 at 11:10 pm
Zaimah
Mubarak Muhammad Fawwaz! Semoga menjadi obor buat umat dengan ilmu yang ditimba di bumi barakah..
July 3, 2009 at 12:47 pm
Kak Zah
Alhamdulillah..Izzah mendapat kurnia dan rahmat daripada Allah swt.
Semoga akan terus berjuang menegakkan syariat Allah di mukabumiNya..
Siru ‘ala barakatillah
Salam rindu,
kak Zah, Cikgu Wafa, Atiqah dan Ali Saifuddin
July 10, 2009 at 1:42 am
maksu ikin
tahniah buat abang fawaz………tahniah juga buat abdul bari yang berjaya buat umrah…………doakan wansu supaya dapat buat umrah dan haji .insyaallah.agak-agak bila wansu dapat dokong abdul bari nih?!!!
July 16, 2009 at 5:06 pm
Ummushifa'
Salam dik..tahniah semuanya! bangga abdul bari dengan babanya…rezeki orang berjuang…nak tanya, gambar ustaz radhi konsul pendidikan tu macam ustaz akak dulu kat SHARODZ la…betul tak zaujahnya nama ustzah Salmi Md Hashim…both of them ..my idol…our lovely ustaz and ustzah…kalau betollah..aduhai seronoknya…please nak tahu ye…ok..selamat semuanya…
ummushifa’
p/s : kirim doa moga dimudahkan segala urusan dunia dan akhirat..amin
July 17, 2009 at 12:54 pm
nurizah207
Salam Ummushifa’, terima kasih banyak kak, saya rasa betullah orangnya tu, zaujah ust radhi memang kak sal, kak sal punya blog ada kat link saya ni..take care dear..
August 2, 2009 at 7:24 pm
abu zahrah
salam.. mabrook sheikh.. so camne? sambung master ek?
August 3, 2009 at 10:12 pm
nurizah207
Salam Abu Zahrah, jazakallahu khair dari kami sekeluarga, inshaAllah akan sambung master di tanahair, kirim salam zaujah..