Nama Prof dekat dengan nama putera sulung saya, Abdul Bari. Saya mengenali nama dan ketokohan ilmunya lama duhulu, selalu borak dengan Baba Abdul Bari tentang tokoh itu dan tokoh ini. Saya sedih dengan apa yang sedang berlaku. Hati saya membeku dan kecewa dengan sistem mundur ini. Tidak hairanlah semakin ramai ‘brain’ yang berkualiti lari ke negara lain.

Pandangan Prof. Dato’ Dr Zaleha Kamarudin(Rektor IIUM)

I know this is a sensitive issue and I would like to assure you all that it will be handled with complete fairness, having the best interest of IIUM at heart. We are now in the process of fact-finding to determine the truth of the matter, in the spirit of the verse “O you who believe! Avoid much suspicions, indeed some suspicions are sins”. We should not be divided, but we should know that this is a test and hardship that we must face in unity.

Pandangan Dr Zaharudin

Saya MEMBANTAH tindakan penggantungan Prof Dr Abd Aziz Bari (UIAM), kita tidak mahu tindakan ini kelak dijadikan satu ‘precedence’ pada masa akan datang kerana ia akan menyekat sumbangan intelektual dari ahli akademik terhadap isu-isu kenegaraan sama ada yang dianggap sensitif atau sebaliknya. Sebarang tafsiran dan pandangan yang dibuat dari hasil kepakaran seseorang ahli akademik sewajarnya disambut secara lapang dada oleh mana-mana pihak. Kritikan inteletek adalah sangat penting di dalam dunia akademik kerana dengannya budaya keilmuan di sesebuah universiti itu boleh berkembang & menyumbang sesuatu kepada pembangunan anak bangsa dan negara (Dr. Zaharuddin Abd Rahman, UIAM)

Pandangan Dato’ Saifuddin Abdullah (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Ahli majlis tertinggi Umno)

Budaya ilmu: letak ilmu/ilmuan d tmpat trtinggi. Menganiaya ilmuan bkn langkah berilmu. Membela ilmuan teraniaya langkah berilmu.Saifuddin Abdullah

Pandangan Nasrudin bin Hassan at Tantawi
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Maruah Universiti Negara Kita Terus Menjunam

1. Negara kita sekali lagi gagal dicerminkan sebagai membangun dan maju, sebaliknya kian mundur, kelam dan gelap. Terbaru pelanggaran “demokrasi ilmu” yang sungguh sadis, apabila Prof. Dr Abdul Aziz Bari digantung tugas oleh University Islam Antarabangsa [UIA] hanya kerana pengaruh kontraversi yang dicetus oleh media.

2. Prof. Dr. Abdul Aziz Bari bukanlah melakukan jenayah melainkan beliau hanya mengeluarkan pandangan dan kritikan berasaskan ilmu dan kepakaran beliau. Sungguhpun kenyataan beliau menyentuh pihak tertentu seperti Sultan dan pihak pemerintah seperti kerajaan, ternyata kenyataan beliau masih dalam disiplin ilmu

3. Disiplin ilmu sememangnya lurus berbanding “disiplin ampu”. Ilmuan atau pakar yang melandaskan pandangan dan pendapat dalam bidangnya secara jujur dan amanah adalah satu langkah yang bijak dan menepati disiplin ilmu sekalipun pandangan dan pendapat tersebut masih terbuka kepada perbahasan cendikiawan.

4. Kaedah umum “persilatan ilmu” di mana – mana universiti dalam dunia ini ialah “hujjah lawan hujjah” atau “fakta lawan fakta” bukan “hujjah lawan maki hamun” dan “fakta lawan gantung tugas”.  Malang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, masih belum mampu menepati kualiti sebuah gedung ilmu apabila pantas mengambil tindakan gantung tugas Prof Dr. Aziz Bari. Patutlah universiti Malaysia belum ada yang tersenarai dalam kelompok 400 buah universiti terbaik dunia.

5. Kami warga Dewan Pemuda PAS Malaysia cukup tersinggung dengan perkembangan ini. Sudahlah mahasiswa mereka belenggu dengan pelbagai peraturan seperti AUKU, kini pensyarahnya pula berdepan dengan tindakan yang tidak bertamadun oleh sebuah pusat pengajian yang kononnya bertaraf antarabangsa.

6. Kami mendesak agar Prof. Dr. Abdul Aziz Bari segera dibebaskan dari pegantungan yang telah mencemar dunia ilmu dan merosakkan reputasi universiti sebagai menara ilmu dalam negara ini. Kalaupun gagal menaikkan prestasi universiti diperingkat antarabangsa maka janganlah pula dirosakkan lagi pencapaian sedia ada kerana ia sangat memalukan.

 

Pandangan Dr Maszlee Malik

Nilai Ilmu dan Kehormatan Para Ilmuwan

1) Ketika saya berada di Universiti Al Bayt,di Mafraq Jordan untuk pengajian pra-siswazah, kami mempunyai seorang pensyarah yang amat diminati dan disayangi oleh para pelajar, termasuk juga pelajar-pelajar non-Muslim. Beliau adalah Dr Bahjat. Beliau disukai kerana sikap terus terang, jujur, berani dan ketegasannya di dalam menyampaikan kebenaran dan mesej Islam. Sebelum saya menyudahkan pengajian, dia pernah bercerita kepada kami bagaimana beliau telah diminta surat tunjuk sebab, dipanggil ke ibu pejabat Mukhabarat (SB) di Amman, diugut dan diberikan tekanan kerana kelantangannya.

2) Di peringkat PhD, saya telah bermukim hampir 4 tahun di Durham University di bandar Durham, UK. Banyak ilmu yang saya pelajari, dan banyak makna kehidupan yang saya tempuhi. Menariknya suasana keilmuan dan juga atmosfera keintelektualan begitu dirasakan di sini. Di dalam Universiti, para ilmuan, para professor dan para pensyarah dihormati pandangannya. Apa sahaja pandangan mereka sering mendapat tempat di media. Media di UK juga bebas, dan menjaga etika mereka di dalam hal-hal yang dibangkitkan oleh para akademik.

3) Setelah kembali mengajar di tanah air, saya melihat adanya sikap ‘ketakutan’ dan sindrom ‘under-siege mentality’ baik di kalangan pelajar mahupun sesetengah rakan pensyarah. Saya agak kurang memahami sebabnya kerana telah 4 tahun tidak berada di kampus tanah air. Namun, hari ini baru saya faham mengapa mereka bersikap demikian. Rupanya nilai ilmu dan kehormatan para ilmuan terletak pada penilaian ahli politik yang korup di dalam rejim yang berkuasa. Pendapat ilmuwan tidak lebih mulia berbanding salakan pengampu dan pembodek yang tidak bermaruah. Pendapat ilmuwan juga tidak bernilai di hadapan fitnah dan adu domba media yang tidak beretika.

4) Akhirnya saya terfikir, apakah di bumi Islam tiadanya keadilan? Apakah ilmu dan ilmuwan hanya dihormati di bumi kafir? Lebih malang lagi, jika yang berjenama Islam itu adalah sebuah gedung ilmu, tetapi tidak memberikan kehormatan kepada ilmu dan ilmuwan…apakah nilai ‘Islam’ pada namanya? Apakah yang ‘bukan Islam’ itu lebih baik, kerana lebih profesional, lebih menghormati akademik, malah lebih bersikap adil dan lebih buta politik.

5) Maka, terjawablah kini mengapa menara gading-menara gading di negara-negara Islam tidak mendapat ranking dan juga prestij di dalam dunia. Jangan salahkan orang lain, tetapi tunding jari ke muka sendiri. Terimalah hakikat: politik primitif, ahli politik yang kurap dan juga rejim yang zalim yang tidak menghormati ilmu dan para ilmuwanlah penyebab utama kemunduran menara gading-menara gading di negara-negara umat Islam!