Siri Kembara UK : Kuliah Pengajian Agama Masjid Al-Farooq (Iklan)
28 Tuesday Feb 2012
Posted in Current event
28 Tuesday Feb 2012
Posted in Current event
27 Monday Feb 2012
Posted in Recipe yummy
Tak Sempat nak taip resepi. Gambar pun jadilah. Nasib baik ada kicap cap kipas udang. Kalau tak, haru…
21 Tuesday Feb 2012
Posted in Research
Semalam saya bertemu supervisor, Prof Eleanor. Kami membincangkan topik yang bakal kami buat untuk projek terdekat. Ada satu perkara yang sangat baru saya akan kaji. Prof memberitahu saya, ia adalah topik yang sangat-sangat baru dan saya boleh membina sebuah tesis PhD untuk topik itu. Ia lebih kecil dari sel, lebih kecil dari nukleus, lebih kecil dari DNA dan lebih kecil dari RNA. Betapa kecilnya subjek PhD saya namun boleh dibuat PhD.
Selesai perbincangan yang singkat namun bermakna itu pada hari tersebut. Hati saya berbunga gembira. Wah, saya dapat melaksanakan projek yang sangat baru di dunia. Penyelidikan ini antara yang terbaru di dunia. Saya bersyukur dan rasa bertuah.
Saya lantas menekan butang komputer untuk bertanya kepada Sheikh Google tentang topik yang sangat baru ini. Memang ternyata, terlalu sedikit penyelidikan tentangnya. Memang benar, Prof Eleanor dan pasukannya antara mereka yang menjadi ‘trailblazer’ untuk benda kecil itu.
Tiba-tiba, saya terjumpa dengan sebuah video yang menayangkan seorang lelaki Yahudi membuat pembentangan berkaitan topik kecil saya. Dia merupakan ketua projek berkenaan dari Fakulti Perubatan, Tel Aviv University, di Israel. Saya kemudian dengan bersungguh-sungguh mendengar syarahannya yang sangat menarik hati. Saya sangat terperanjat, dia dan pasukan telah siap-siap membuat perisian untuk mengkaji topik kecil saya yang dikatakan baru itu!!!!! Bukan satu perisian, malah lebih dari 3!!!!
Ahhh, saya hampir mahu pengsan. Dengan mata yang lemah, saya menulis, saya mengakui mereka (Yahudi) sangat jauh ke hadapan. Teknologi mereka sangat moden dan mungkin kehidupan penyelidikan mereka adalah 30 tahun di hadapan, walau kita berada di negara maju pun!!!
Saya fikir, jika dihantar ke Israel untuk kursus berkaitan topik baru ini bagaimana? Ah, penat sel neuron saya memikirkannya. Semestinya mustahil. Fikiran saya lantas melayang mengenangkan saudara saya di bumi Palestine yang disiksa.
Saya berdoa semoga Allah menjadikan Abdul Bari dan Abdul ‘Alim dan adik-adik mereka dan semua anak-anak Islam di luar sana untuk mengatasi penguasaan ilmu mereka di dunia ini. Kita perlu ilmu. Kita penganut agama terhebat. Kita mesti jadi hebat.
p/s: saya terjumpa juga satu laman web yang dibina pelajar di sana yang menggunakan FACEBOOK sebagai database mereka membuat kajian. Meraka sangat cekap dan pintar. Saya merasakan kita ini hanya bahan kajian mereka!!! Apa yang ada dalam DNA mereka?
Ummu Abdan
GCRC building
20 Monday Feb 2012
Posted in Research
Otak cramp sikit. Baru mula dah cramp….haishhh. Tengok youtube bagi kendur brain cramping.
Sebenarnya yang junk DNA tu dipanggil junk sebab kekurangan ilmu manusia. Sekarang dah makin dalam research. Sesungguhnya ilmu Allah itu terlalu dalam dan manusia mampu kaji tak sampai seelektron pun.
19 Sunday Feb 2012
Setiap kali pulang dari universiti ke rumah, saya menaiki bas. Sebuah bas dua tingkat yang masih baru dan selesa. Saya telah awal-awal lagi membeli pas bas. Pas itu untuk 4 minggu. Maka tidak perlulah saya berpinau-pinau mata mengira duit syiling pence yang asing itu. Tatkala kaki menjejak perut bas, saya hanya perlu menunjukkan pas bas. Ia mudah. Semudah membuka mulut untuk makan.
Saya lantas mendaki bas ke tingkat atas. Oh banyak lagi tempat duduk yang kosong. Di hadapan saya ada seorang lelaki mungkin awal 50 an sedang giat berbual dengan dua anaknya. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Mereka bercakap tanpa henti. Dalam kesukaran saya memahami lenggok orang Scottish, saya dapat menangkap perbualan mereka. Meraka sedang bermain bahasa. Bila saja bapa mereka berkata,
“Kita mulakan dengan huruf A”
Anak-anak mereka berebut untuk menyebut apa sahaja perkataan yang bermula dengan huruf A. Begitulah seterusnya. Perjalanan di dalam bas mereka penuh dengan aktiviti yang bertamadun. Mereka kelihatan girang dan seronok dengan permainan bahasa itu.
Hinggalah ada seorang lelaki tua berambut putih duduk di belakang mereka. Permainan bahsa mereka terhenti seketika. Si ayah dan pak cik tua itu berbual tentang masa depan Rangers. Seperti biasa, saya kurang mengerti bila tiba tentang dunia bola yang bulat itu. Pak ci tua itu berkata lagi,
“Kerajaan kita banyak membazir duit, terutama untuk sukan lumba kereta, sepatutnya duit itu kita bina hospital di Afrika, atau kita bantu rakyat Syria yang sedang dibunuh oleh kerajaan mereka atau kita bekalkan air bersih untuk orang Afrika”
“Kerajaan tidak peduli, asalkan mereka kaya” ujar lelaki dua anak itu.
Di perhetian bas seterusnya, lelaki dan dua anaknya turun dari bas. Pak cik tua itu lantas menoleh ke belakang dan menyapa saya yang mencuri dengar perbualan mereka dari tadi.
“Hi Ya” ujarnya.
“Hi” Saya jawab seringkas mungkin, takut beliau tidak faham Manglish saya.
“Dari mana?” beliau bertanya
“Dari Malaysia”
“Bagus, saya pernah ke sana, untuk transit, saya tidak sempat keluar dari kapalterbang pun, saya dengar makanan Malaysia sangat lazat”
“Mungkin, makanan kami variasi banyak bangsa”
Dia lantas bertanya tentang agama saya. Dengan bangga saya memberitahunya saya adalah Muslim. Pak cik tua intu kelihatan gembira dengan jawapan saya.
“ Saya penganut ajaran Jehovah Witnesses, adakah kamu tahu tentangnya?”
“Saya pernah mendengar tentangnya, namun ini pertama kali saya bertemu dengan penganut agama kristian Jehovah, di Malaysia saya ramai kawan di kalangan Katholic dan Protestan”
“Oh bagus jika begitu, kami percaya Tuhan itu satu, Jesus itu seperti Adam dan bukan Tuhan, Jehovah dan Islam ajarannya serupa”
Saya tidak sempat menjawab panjang, perhentian bas saya sudah sampai. Dia memberikan saya beberapa keping buku kecil beserta email dan nombor perhubungan. Oh sungguh pantas lelaki tua ini melebarkan ajarannya.
Saya akan menghubungnya dalam masa terdekat. Kita tidak sama, Islam dan Jehovah tidak sama. Kami percaya Nabi Muhammad, kami punya Al-Quran, dan kami punya syariat.
Tidaklah kiranya jika ada keserupaan itu menandakan kita sama. Tidak ada agama yang sama dengan Islam. Islam itu tinggi, tidak ada apa yang setinggi Islam. Saya menolak pluralism.
Mudah untuk saya berbual dengannya kelak dengan titik keserupaan itu. Ya Allah, bukalah hatinya untuk agama suci Mu.
Ummu Abdan
Victoria Road
19 Sunday Feb 2012
Posted in Current event
Saya kagum melihat orang menulis. Hinggakan mereka mampu menulis banyak buku dalam jangkawaktu yang singkat. Wanita di peringkat antarabangsa giat menulis. Mereka boleh menulis satu buku yang tebal walaupun isi kandungannya tentang satu subjek yang kecil dan sempit.
Saya ada terbaca tulisan seorang wanita Afghan, beliau menulis tentang perit pedihnya seorang wanita untuk berjuang mendapatkan pendidikan di negaranya. Saya tidak tahu adakah benar tulisannya, cuma beliau telah menulis. Beliau mampu menceritakan kisahnya pada dunia melalui tulisannya. Rupanya beliau telah menulis banyak buku. Saya perlu membaca tulisannya lagi.
Cuma teramat sayang jika si penulis itu, jika beragama Islam tidak mengikuti syariat Islam yang sebenarnya. Amatlah sayang jika menulis tetapi tulisan itu menghentam agama atau memberi gambaran yang salah tentang agama. Tetapi apa yang saya perhatikan, mereka menulis dan terus menulis.
Umur saya melebihi suku abad, namun saya tak pernah menulis sebuah buku pun. Ia sangat menyedihkan. Saya perlu terus menulis dan menulis supaya saya tidak menyesal di hari tua nanti. Saya perlu menulis supaya dunia boleh memperoleh manfaat tatkala membacanya.
Kuasa menulis.
Ummu Abdan
Victoria Road.
16 Thursday Feb 2012
Posted in Travel


Bangunan ini merupakan masjid. Masjid yang diubahsuai fungsinya daripada sebuah gereja. Diberi nama Madrasah Al-Farooq yang terletak di Dixon Avenue, Crosshill, Glasgow. Kuasa Allah, baba bertemu dengan graduan Universiti Islam Madinah, Imam Suhaib, beliu merupakan imam di masjid ini. Dunia ini sungguh kecil.
Bangunan masjid ini besar, namun hanya sebahagian kecil sahaja ruang untuk solat dioptimumkan. Imam Suhaib menawarkan baba untuk menjadi tenaga pengajar di masjid ini. Semoga Allah meluaskan lagi setitis ilmu yang baba teguk di Madinah dahulu untuk disebarluaskan kepada penduduk di sini.Bertambah lapang baba apabila Imam Suhaib turut menawarkan baba untuk menggunakan perpustakaan miliknya untuk rujukan baba kelak.
Mama belum berpeluang masuk ke dalam masjid ini lagi. Baba kata ruang solat untuk wanita berada di tingkat atas sangat gelap, tiada jemaah wanita menggunakannya. Bukankah sebaik-baik tempat untuk wanita bersolat di dalam bilik tidurnya?
Mama Abdan
Victoria Street, Govanhill
16 Thursday Feb 2012
Posted in Research
Tajuk yang pelik. Tapi itulah yang berlaku. Saya bertemu Dr Samantha dari Mexico. Dia suka orang Malaysia. Syukur saya panjatkan, saya bertemu orang-orang yang berbudi pekerti. Dia gemar satay dan nasi lemak. Sekarang dia dalam proses menyiapkan post doc. Orangnya ramah dan mesra.
Samantha suka berbual panjang tentang macam-macam perkara. Hari ini kami akan menjenguk sel peliharaannya di makmal. Samantha takut sel-selnya lapar.
Samantha kata kemungkinan besar sel-sel peliharaannya sudah membesar. Tempat tinggal mereka barangkali sudah sempit, tidak mampu untuk menampung saiz badan sel yang gemuk-gemuk itu. Sel-sel itu dapat nutrisi sempurna hingga mungkin menyebabkab obesiti di kalangan mereka.
Begitu juga kehidupan manusia. Kita perlu pada makanan untuk survival kehidupan. Saya tersentuh apabila terbaca akhbar Metro hari ini, yang saya dapat percuma setiap kali saya menaiki bas ke Glasgow University. Tajuk akhbar yang memilukan hati saya “Mothers are on the brink, cost of living is ‘forcing 1 in 5 to skip meals to feed their children’ “
Saya bimbang kenaikan harga makanan. Saya takut mungkin ada keluarga yang tidak mampu makan. Ini kisah benar. Sudah tersiar dalam akhbar.
Terima kasih kepada Clare yang baik hati yang memberi saya protokol cell culture…Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka.
p/s: Abdul Bari semakin melupakan susu tepungnya, dia bertukar sedikit demi sedikit ke susu segar. Syukur pada Allah.
Mama Abdan
GCRC building
Glasgow University
12 Sunday Feb 2012
Posted in People
Perpaduan Ahlussunnah
10 Friday Feb 2012



Di dalam bangunan BHF GCRC (British Heart Foundation Glasgow Cardiovascular Research Centre), ruang solat yang khas adalah sangat asing malah tidak wujud pun. Di atas inisiatif beberapa Muslims di dalam bangunan ini, maka terdapat satu ruang di kawasan belakang bangunan Biomedical Science (bangunan bersebelahan GCRC) telah dioptimumkan menjadi ruang solat. Tempat solat muslimin di antara lif dan pintu kecemasan. Apabila diamati,terdapat sehelai karpet besar yang bergulung disandarkan di tepi dinding beserta sejadah, untuk digunakan ketika solat berjemaah. Untuk muslimat pula di bawah tangga. Jika saya setinggi Sultan Kosen, nescaya kepala saya akan terhantuk menghentam anak tangga yang tepat di atas kepala saya.
Betapa bersyukurnya saya kerana di Malaysia kita punya ruang solat yang khusus dan selesa. Tapi, adakah kita menggunakan peluang itu untuk solat 5 waktu sehari? Perit tika berada di bumi kafir ini untuk mencari ruang solat. Apatah lagi tempat untuk mengambil wudhu’! Tandas mereka tiada paip air, oh saya perlukan masa untuk ketidakbiasaan ini.
Hari ini saya bersolat di bawah tangga….
Ummu Abdan
GU