

Bangunan ini merupakan masjid. Masjid yang diubahsuai fungsinya daripada sebuah gereja. Diberi nama Madrasah Al-Farooq yang terletak di Dixon Avenue, Crosshill, Glasgow. Kuasa Allah, baba bertemu dengan graduan Universiti Islam Madinah, Imam Suhaib, beliu merupakan imam di masjid ini. Dunia ini sungguh kecil.
Bangunan masjid ini besar, namun hanya sebahagian kecil sahaja ruang untuk solat dioptimumkan. Imam Suhaib menawarkan baba untuk menjadi tenaga pengajar di masjid ini. Semoga Allah meluaskan lagi setitis ilmu yang baba teguk di Madinah dahulu untuk disebarluaskan kepada penduduk di sini.Bertambah lapang baba apabila Imam Suhaib turut menawarkan baba untuk menggunakan perpustakaan miliknya untuk rujukan baba kelak.
Mama belum berpeluang masuk ke dalam masjid ini lagi. Baba kata ruang solat untuk wanita berada di tingkat atas sangat gelap, tiada jemaah wanita menggunakannya. Bukankah sebaik-baik tempat untuk wanita bersolat di dalam bilik tidurnya?
Mama Abdan
Victoria Street, Govanhill
Assalamu’alaikum…
Dr Nur Izah…
saya menaip di google “cara nak mulakan perniagaan abaya” dan saya terjumpa blog Dr, rasa nak menitis air mata, kerana rasa kita sama tentang abaya dan jubah.
saya juga peminat jubah dan abaya bewarna hitam, saya memang ingin buka perniagaan abaya di seri iskandar perak ini, kerana saya lihat masih tiada kedai yang hanya menjual abaya bewarna hitam, jadi saya nak cuba.
jadi saya nak kutip pengalaman dan belajar cara nak mulakan perniagaan ini.
Berapakah modal permulaan yg diperlukan utk bisness ini.
saya amat berharap dr dpt memberi sedikit tunjuk ajar, saya ingin jadi wanita berdikari lebih-lebih lagi saya perlu besarkan anak-anak sendiri dengan kudrat yang ada.
harap dr dpt membantu.
mudah-mudahan segala pertolongan dan tunjuk ajar dari dr, saya berdoa agar Allah perluaskan dan limpahi rezeki dr. dan keluarga.
Terima kasih, saya menunggu reply dari dr.
Salam Puan Faridah,
Alhamdulillah Puan punya minat terhadap abaya dan jubah. Saya ada membekalkan abaya secara pukal ke Malaysia. Saya boleh berikan puan nombor perhubungan pengedar saya jika puan berminat.