Pada tarikh yang sama, tahun lepas, tepat pukul 6.45 pagi, hormon kortisol saya semakin bertambah tinggi. Saya perlu bergegas untuk tiba di hospital tepat pada waktunya. Masa untuk rakan setugas yang oncall telah tamat pada pukul 7 pagi. Jadi tugas saya mengambil alih menjaga wad. Darah-darah pesakit sebelum sarapan pagi wajib diambil. Troli yang kosong dan bersepah perlu dikemas dan diisi semula dengan needle, syringe, various tubes n bla bla bla..Ada beberapa cubicle yang mesti dihabiskan round sebelum MO aka mem besar datang. Satu cubicle mungkin penuh, maknanya mungkin mencecah 9 pesakit satu cubicle, itupun jika tiada extended bed. Ya Allah, budak oncall tak isi lagi certificate death…surat rujukan untuk unit Neuro HKL pun dia tak buat lagi. Darah new case dia tak ambil lagi. Takpa, kalau sempat saya buat..bukan kalau sempat Dr Izah, blood ni urgent!! Dr, ada 3 newcase masuk, Dr ada 2 patient collapse kat belakang, dua-dua ada pulmonary tuberculosis!! Specialist nak buat round sekarang, alamak darah urgent tadi tak amik lagi…tub tub dah pukul 1 tengahari, ada kerja wad yang tak siap lagi..dan lunch pun terpaksa dilupakan..”ok make sure afternoon round complete before I get in” MO aka mem besar bg arahan. Setitik air pun belum masuk dalam perut ni. Perut berkeroncong namun kerja tetap diteruskan “Ok pakcik, jangan lupa ambil sarapan setiap pagi, kalo tak gastritis pak cik akan bertambah teruk” apalah nasib aku, bagi nasihat sarapan pada orang tapi diri sendiri?? Akhirnya pukul 6 petang menjelang..yesss boleh balik. Tak boleh balik lagi kamu oncall hari ni…

Tapi hari ini, saya lapang. Tiada suara mendesak, tiada tekanan dari sesiapa, tiada oncall yang menongkat anak mata supaya terbuka lebih dari 24 jam. Kami bekerja dengan mengerah segenap tenaga yang ada lebih dari 24 jam. Saya perlu kelihatan sentiasa sihat, bertenaga, ceria walau bagaimana letih pun saya. Tapi hari ini saya ceria, bertenaga dan alhamdulillah masih sihat. Saya boleh berehat sepuas-puasnya. Saya free 24 jam!! Saya boleh bersarapan setiap pagi. Namun saya masih dalam keadaan terkejut. Seakan tidak percaya apa yang saya alami sekarang. Minggu pertama di sini, waktu malamnya sukar untuk melelapkan mata. Dulukan selalu oncall, mungkin selang sehari. Tiada istilah tidur lena yang nyaman..tapi itu dulu…

Masjid Nabi lepas solat fajar

Masjid Nabi lepas solat fajar

Pagi-pagi sebelum azan Subuh, saya dan suami menuju ke Masjid Nabi. Suasana hening dan dingin. Bunyi ayam berkokok bersahutan. MashaAllah, jelitanya alam. Langit di bumi Madinah terang-benderang. Nun di sana cahaya bulan menyinari lantai masjid. Manusia berduyun-duyun menuju ke rumah Allah. Ada yang berjalan kaki, ada yang menunggang basikal, ada yang membonceng motor..ada yang memapah dan ada yang dipapah. Bunyi gemersik azan solat Fajar berkumandang dari menara masjid nan indah lagi bercahaya sangat meruntun jiwa raga. Sungguh ramai manusia walaupun musim haji dan ramadhan belum menjelma. Saya hanya berjaya mencelah 2 meter dari pintu masuk untuk menyertai saf solat. Selesai solat jenazah, saya menyusup masuk untuk mencari air zam zam untuk menghilangkan dahaga. Pagi itu saya berbahagia lagi di Masjid Nabi…

Perjalanan balik ke rumah selepas solat Fajar

Perjalanan balik ke rumah selepas solat Fajar

Nabi bersabda ertinya “Tidaklah digalakkan (disunatkan) bermusafir melainkan ke tiga buah masjid iaitu ; Masjidil Haram, Masjidil Aqsa dan Masjidku ini” Hadith Riwayat Bukhari hadith no 1189.

Nur Izah Ab Razak

25 Ogos 2008@24 Sya’aban 1429

Madinah Al-Munawwarah.