Semalam, lepas Subuh suami panaskan makanan pemberian chef Azizi yang bertugas di Malaysian Restaurant di Hasan Mall. Nasi kari ayam, acar timun dan popia goreng berinti udang resepi lidah Malaysia terasa sangat lazat. Petangnya, mak Seremban kirim sms, Anwar menang. Terus menjenguk ke Malaysiakini, Anwar Ibrahim menang, melebihi majoriti dahulu malah melebihi undi Arif Shah. Berlegar di fikiran tentang kemelut isu politik yang membingungkan. Semoga Allah menunjuk jalan yang benar. Perut kami jadi lapar. Tepat jam 6.30 petang, kepala ni masih berkira-kira nak masak apa. Senang cerita masak ikan dalam microwave. Siap makan, kemas sufrah, terpandang 5kg tepung. Kemudian teringat oat pemberian Kak Hajar ada 3 tin lagi tu. Kak Ella pula kata jangan simpan lama-lama nanti berbau hapak sebab tepung rosak. 2 minggu lepas cuba try test buat biskut untuk kali pertamanya dalam hidup, x la macam biskut Famos Amos..huhu…Hari ni nak buat lagi. Harap-harap sempat nak bagi biskut ni pada Amin n isteri yang bakal tiba tak lama lagi ni..Semoga Allah mudahkan kedatangan mereka ke sini. Latest news, result exam saifi (summer class) suami dah keluar..alhamdulillah sume najah.

Choc Chip Crunchy (boleh hasilkan lebih kurang 200 biji if guna bekas candy yang kecil )

Bahan-bahan.

  • 200g butter (beli yang sebelah keju-keju kat Badruddin aka MBSS, harga 2-3 riyal lagi murah tapi still sedap)
  • 1 cawan gula dikisar halus
  • Susu segar 1/2 cawan
  • 1 1/4 cawan tepung gandum@tepung naik sendiri
  • 1 1/4 cawan oat (pemberian kak hajar)
  • 3/4 cawan serbuk koko (guna yang jenama Zidnee beli kat MBSS juga, kalo nak lagi sedap guna Bin Afif)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh vanilla essence (kat sini susah dapat, naseb baik terjumpa kat Jiyan Hypermarket, ala-ala Giant)
  • 1/2 cawan coklat chip

Cara-cara

1) Putar gula n butter sampai kembang, then masukkan vanila essence dgn baking powder

2) Masukkan susu, tepung, koko dan akhir sekali oat, gaul rata semuanya

3) Bakar selama 25 minit 200 darjah celcius

4) Biar dalam 2-3 jam supaya biskut bertambah rangup, then baru simpan dalam bekas kedap udara

Sambil-sambil susun biskut dalam bekas, kami dengar ceramah Dato’ Harun Taib di youtube “Membongkar Hakikat Syiah” http://www.youtube.com/watch?v=Z5EIGpWwtSU&feature=related , ni siri pertama.

p/s: ramai sungguh orang-orang Iran datang ziarah di Masjid Nabi…terkenang nasib sunni di Iraq yang dibunuh Syiah..

Nur Izah Ab Razak

27 Ogos 2008@26 Sya’aban 1429

Madinah Al-Munawwarah.