Hadiah tamar 10 kg

Hadiah tamar 10 kg

Tamar

Tamar

Kepulangan Ummu Tasneem dan Ummu Fateen sekeluarga meninggalkan kesan pada saya. Kini, tiada lagi jiran senegara satu bangunan untuk bertukar makanan, resepi, ilmu dan lain-lain. Sebelum terbang ke Malaysia, mereka sekeluarga telah menghadiahkan kami seguni tamar seberat 10 kg. Saya termenung panjang, bagaimana caranya untuk mengoptimumkan penggunaan kurma sebagai sumber makanan yang sihat untuk kami. Saya teringat kelmarin ada lebihan roti burger sebanyak 3 ketul apabila suami membeli ayam ala-ala KFC yang bernama ‘Al-Baik’ di Jeddah. Memang sungguh enak berkali ganda berbanding KFC di Malaysia. Rempah ratus melapisi segenap daging ayam yang dimakan…sungguh menyelerakan..Maka saya terfikir untuk memanipulasi roti tersebut supaya menjadi hidangan yang enak lagi berzat. Separuh dari roti tersebut saya bakar sehingga kekuningan dan rangup seterusnya dikisar untuk dijadikan breadcrumb. Maka separuh lagi saya terbayang untuk membuat puding roti…resepi asal dari internet..cuma saya tukar kismis ke kurma…susu segar ke susu tepung..roti biasa ke roti burger..rasa dia nyum-nyum..bahan2 pun senang nak cari..

Bahan-bahan (bahan utama 1 1/2 ketul roti burger-dikoyakkoyak)

Bahan A

2 s/b mentega

15 biji kurma-rendam dalam air dan potong kecil-kecil (kurma hadiah Ummu Tasneem n Ummu Fateen)

3 s/b gula pasir

Bahan B

1 cawan susu (secawan air rendaman kurma+3 s/b susu tepung- ini susu tepung Musa’adah 😉   )

2 biji telur

1 s/t esen vanilla-utk hilangkan bau telur

Bahan tambahan

Keju parut 1/4 cawan

1/4 s/k serbuk kayu manis (saya tak ada serbuk kayu manis, so kayu manis asal saya parut halus)

Cara-cara

1) Ambil satu bekas kaca/loyang, griskan dgn mentega dan susun roti tadi ke serata loyang td.

2) Panaskan bahan A dalam periuk, tunggu hingga gula cair dan ketepikan, tunggu hingga sejuk sedikit

3) Kacau rata bahan B hingga sebati

4) Campurkan bahan A dan B dan tuangkan dalam loyang tadi

5) Taburkan keju parut dan serbuk kayu manis, bakar selama 25 minit pada suhu 200 darjah celcius

Puding roti tamar

Puding roti tamar

p/s: sorii banyak2 kpd yang hantar komen, sy br nak belajar camne la nak balas komen2 tu sebab br la nak survey-survey fungsi blog ni..inshaAllah soon will be replied..

Kepada Ummu Nashwa, ye kak saya amik unpaid leave duduk sini setahun…kirim salam kat nashwa comeyyy..

RAMADHAN KAREEM,

Nur Izah Ab Razak

8 Ramadhan 1429@8 September 2008

Madinah Al-Munawwarah