Acute gastroenteritis (AGE) atau jangkitan kuman pada sistem pencernaan sering terjadi kalangan kanak-kanak. Dalam kebanyakan kes, kanak-kanak akan pulih sendiri tanpa rawatan khusus namun ianya boleh merebak menjadi penyakit yang serius terutama jika mereka terdiri dari golongan malnutrisi (kekurangan zat makanan). AGE boleh menyebabkan badan seseorang kanak-kanak kehilangan air dan elektrolit secara banyak terutamanya jenis garam sodium dan potassium. Dan seringkali kehilangan ini akan menjadi serius ditambah pula apabila keadaan darah menjadi metabolic acidosis. Banyak punca yang boleh mengarah kepada AGE termasuk jangkitan manusia ke manusia melalui mulut-najis (faecal-oral route) ataupun apabila kanak-kanak terbabit makan atau minum makanan atau air yang tercemar.

rotavirus

rotavirus

Antara ejen yang menyebabkan jangkitan ini:

  • virus ( rotavirus, enteric adenovirus, astrovirus etc)
  • Bakteria ( E.coli, Salmonella spp, shigella spp etc)
  • Parasit ( Ent.histolytica, Blas hominis

Anak-anakakan menunjukkan ciri-ciri seperti berikut:

  • Cirit birit dan muntah-muntah yang berulang-ulang
  • Najis yang sangat cair (watery) dah kehadiran darah serta lendir
  • Demam panas
  • Lemah tidak bermaya
Bayi @ kanak-kanak mudah terdedah kepada benda yang kotor contohnya memegang tapak kasut lalu memasukkan tangan ke dalam mulut

Bayi @ kanak-kanak mudah terdedah kepada benda yang kotor contohnya memegang tapak kasut lalu memasukkan tangan ke dalam mulut

Maka, saya anjurkan supaya anda membawa anak secepat mungkin ke klinik berhampiran atau terus ke hospitaljika berlaku AGE. InshaAllah, rawatan yang sesuai akan diberikan. Ingat, ubat tahan muntah dan ubat tahan cirit adalah tidak digalakkan.

Jangan takut untuk meneruskan penyusuan badan atau pemberian susu formula kerana jika anda mengurangkan jumlah susu saya takut kanak-kanak terbabit akan menjadi kurang zat. Makanan seperti nasi, kentang, roti, bijirin, daging, buah dan sayuran hendaklah diberikan dengan kadar yang seimbang. Elakkan mereka makan makanan yang berlemak dan makanan ringan. Anda digalakkan untuk meningkatkan jumlah makanan dan minuman ini untuk 2 minggu mendatang. Jaga kebersihan sewaktu anda mengendalikan makanan dan banyakkan berdoa semoga si manja anda sihat seperti biasa dan membesar menjadi insan yang soleh.

*kepada staf kesihatan sila rujuk buku Handbook of Hospital Paediatric untuk rawatan khusus bagi AGE.

Dr Nur Izah Ab. Razak

13 Ramadhan 1429@13 September 2008

Madinah AL-Munawwarah.