Nak beli unta..ni lot-lot dalam bangunan yang jual daging lembu, kambing, unta

Nak beli unta..ni lot-lot dalam bangunan yang jual daging lembu, kambing, unta

Tadi pegi pasar, bila kami ke pasar? dekat tengah malam..ish ish dah macam orang arab daa. Beli ikan, udang, sotong n hati unta lagi..hehe. Pasar kat Madinah ni bersih. Lantai dia putih, kering dan tak ada bau yang hanyir macam pasar besar di tanahair. Ada 3 bangunan utama yang menjual sayur, daging dan ikan secara berasingan. Setiap bangunan ada lot-lot kedai dan ada yang berpintu kaca yang terjaga rapi. Lot jual ayam lantai dia bersih kering dan siap ada aircond lagi.

Perhatikan lantai pasar yang berkilat, bersih dan kering

Perhatikan lantai pasar yang berkilat, bersih dan kering

berapa riyal kepala unta ni?

berapa riyal kepala unta ni?

Balik rumah terus cuci barang-barang mentah ni then siap-siap pack dalam plastik masukkan dalam peti sejuk. Rupa-rupanya habes menyiang sume ni jam dah kul 2 pagi. Alamak..badan dah letih la plak. Rastu dah bersihkan apa yang patut terus bummm. Rupanya cik abang plan nak masakkan sahur hari ni. Terharu plak rasa..Lepas masak nasi, dia siap-siap kupas bawang, sagat karot..hai rajinnyeee..hehe

Nasi goreng sotong yg spesel

Nasi goreng sotong yg spesel

Nasi Goreng Sotong

Bahan-bahan

nasi putih 2 mangkuk

1 cawan sambal ikan bilis (sambal ni saya masak buka tadi untuk nasi lemak, ada lebih sket..)

1 biji bawang merah besar

1 s/b bawang putih (selalu blend bawang siap-siap, simpan dalam peti sejuk, nak masak senang..)

3 ekor sotong, potong kecil-kecil

2 batang karot, sagat

Cara-cara

1) Tumis bawang merah n bawang putih sampai naik bau (guna minyak sket je sebab nak campur ngan ikan bilis nanti)

2) Masukkan sotong, biar sampai masak

3) Campurkan sambal ikan bilis, kacau rata

4) Masukkan nasi putih n last sekali karot

p/s: alhamdulillah kenyang sahur ni, sedap MashaAllah..tenkiuuuu baby..

Nur Izah Ab. Razak

14 Ramadhan 1429@14 September 2008

Madinah Al-Munawwarah