suasana berbuka di masjid Nabi

suasana berbuka di Masjid Nabi

Berbuka atau dalam bahasa Arabnya iftar merupakan satu saat yang amat dinantikan.  Jika pada tahun lalu saya sering berbuka di hospital dan adakalanya di rumah, maka tahun ini keadaan jauh berbeza. Selalunya saya dan suami akan berbuka di rumah. Kata suami, dia mahu makan masakan Malaysia puas-puas. Maka setiap hari saya akan menghidangkannya menu versi Malaysia untuk dihidangkan waktu berbuka.

Kesempatan tinggal di bumi tempat kediaman Nabi ini,maka beberapa hari lepas kami pergi berbuka di masjid Nabawi. Jika diperhatikan banyak tempat yang masih kosong di kawasan lelaki berbanding wanita pada jam 6.00 petang itu.

Deretan kosong untuk berbuka di kawasan lelaki

Deretan kosong untuk berbuka di kawasan lelaki

Manakala tempat perempuan yang sememangnya terhad memang penuh. Saya lantas terpandang ada satu deretan sempit yang masih kosong. Maka saya duduk menahan banang panas lantai masjid Nabi. Di bahu kanan saya ialah seorang wanita separuh umur dari negara India yang fasih berbahasa Inggeris. Alhamdulillah rezeki kami pada hari itu seketul roti dan beberapa biji rutob, itupun pemberian sekumpulan wanita dari malaysia yang duduk berhadapan dengan saya. Rasa begitu teruja dapat berbual dengan orang kampung!! Kebanyakan mereka yang datang awal akan dihidangkan dengan nasi arab berlauk ayam atau jika menunggu selepas solat asar maka hidangannya lebih lumayan, nasi mandi kambing. Dalam kesibukan manusia mundar-mandir di sekitar kawasan masjid, saya termenung sejenak mengenangkan alangkah bahagianya saya yang diberi peluang olehNya untuk berbuka di sini, walaupun dengan secubit roti dan sebiji rutob namun nikmatnya tiada ternilai..( dan dua suap nasi ayam mandi pemberian wanita Arab)

Kawasan kosong mulai dipenuhi manusia

Kawasan kosong mulai dipenuhi manusia

Sesungguhnya saya begitu kagum dengan kepelbagaian manusia dari segenap ceruk rantau yang duduk bersama-sama sebelah-menyebelah, yang berkongsi satu sufrah malah berkongsi cawan, pinggan, roti rutab dan berkongsi apa saja yang terbentang di depan mata untuk dinikmati bersama-sama tika berbuka. Tiada istilah aku putih dan engkau hitam atau aku berpangkat dan engkau hidup melarat. Saya bukan mengenali pun mak cik India sebelah saya atau wanita Pakistan di kiri saya atau wanita Arab yang disebelah sana. Namun kami berkongsi makan satu pinggan nasi pemberian wanita Arab itu seakan kami telah lama mengenali satu sama lain.

Set berbuka di tempat Encik Fawwaz..jeles gaks..

Set berbuka di tempat Encik Fawwaz kite...dari kiri 9 biji rutob, sebiji pisang, sekotak air oren, 2 cawan air kosong, secawan yogurt dan tadaaaa..sandwich tazaj, tazaj ni fastfood ala-ala KFC, nyum nyum..kat belakang tu roti dan serbuk rempah untuk dicampur dalam yogurt.

Kelaziman di sini untuk berbuka puasa dengan rutob. Rutob ialah sejenis buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering, ia lembut dan manis. Namun diperingkat awalnya rutob ada sedikit rasa kelat bercampur manis. Manakala tamar ialah buah kurma yang sudah kering.

Di dalam hadis daripada Anas katanya:

“Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air.”

(Riwayat Imam Ahmad dan Tirmizi, katanya hadis ini hasan) Al-Diya al-Maqdisi (meninggal 643H) telah mensahihkan hadis ini. (lihat: al-Ahadith al-Mukhtarah, 4/411 cetakan: Maktabah al-Nahdah al-Hadithah, Mekah).

p/s: harap-harap next post bley tunjuk gambo grup muslimin makan-makan ngan Mohd Sayuti Omar (penganalisa dan penulis politik serta Zulkifli Noordin, ahli parlimen Bandar Baru)

Nur Izah Ab. Razak

20 Ramadhan 1429@20 September 2008

Madinah Al-Munawwarah