Bersama 2 tokoh yang terlibat dalam politik

Bersama 2 tokoh yang terlibat dalam politik

Semalam group muslimin yang terdiri dari pelajar-pelajar Universiti Islam Madinah dan Ummul-Qura ber’more’ bersama 2 orang tokoh politik yang tidak asing lagi iaitu saudara Zulkifli Noordin (Ahli Parlimen Bandar baru Kulim) dan penulis politik saudara Mohd Sayuti Omar (penulis politik). Jom saya cerita sedikit mengenai latar belakang Mohd Sayuti Omar (maklumat diperolehi dari blog beliau http://msomelayu.blogspot.com/)dan saudara Zulkifli Noordin (maklumat diperoleh dari blog beliau http://zul4kulim.blogspot.com/)

mohd sayuti omar

mohd sayuti omar

gambar terkini mohd sayuti omar

gambar terkini mohd sayuti omar

Mohd sayuti Omar dilahirkan di Kampung Gual Nibong, Gual Periok, Pasir Mas Kelantan pada Feb, 1960. Mendapat pendidikan dan pengalaman kewartawanan di Indonesia awal tahun 1980-an. Berkecimpung dalam dunia kewartawan/penulisan buku politik sejak lebih 20 tahun. Sehingga kini telah menghasilkan lebih 45 buah buku politik semasa. Antara buku yang menjadi sebutan “Anwar Ibrahim: Mimpi dan Realiti, “Sumpah dan Airmata Reformis Bangsa:,”Saya Mahafiraun”, “Hitam Putih: Darul Arqam” dan lain-lain.

zulkifli noordin

zulkifli noordin

gambar terkini zulkifli noordin

gambar terkini zulkifli noordin

Manakala Zulkifli Noordin dilahirkan di Kg. Carok Bemban, Batu 42, Baling, Kedah pada 19 Februari 1962. Mendapat pendidikan awal di Ashby Road (English) Primary School, Ipoh. Bersekolah menengah di Anderson School Ipoh dan King Edward VII Taiping. Pra Universiti di Maktab Tentera Di Raja, Sungai Besi sebelum melanjutkan pengajian ke New Zealand. Pengajian A-Level di Pakuranga College, Bucklands Beach, Auckland dan akhirnya memasuki Victoria University of Wellington, New Zealand di antara 1982-1986.

Maka mereka pun berkumpul makan-makan sate di restoran Malaysia yang terletak di Hasan Mall membincangkan isu-isu semasa di tanahair. Rupanya menteri di jabatan Perdana Menteri, Datuk Zahid hamidi dan exco kerajaan negeri Selangor Dato’ Hasan Ali turut berada di Madinah ketika ini.

Bergambar bersama pelajar Madinah, Makkah

Bergambar bersama pelajar Madinah, Makkah

Dari kiri; khalid, my hubby fawwaz, zul isa, zulkifli noordin, mohd sayuti, tokey restoren malaysia(arab),wan, tok dun, meor

Dari kiri; khalid, my hubby fawwaz, zul isa, zulkifli noordin, mohd sayuti, tokey restoren malaysia(arab),wan, tok dun, meor

Marilah kita sama berdoa semoga Malaysia diberikan kesejahteraan dan keamanan. Semoga Allah memberi hidayah kepada pemimpin kita supaya menjadi pemimpin yang takut pada Allah dan adil kepada rakyat.

Nur Izah Ab. Razak

20 Ramadhan 1429@20 September 2008

Madinah Al-Munawwarah