ikut pusingan jam; serai 5 riyal, lengkuas 5 riyal, taugeh 3 riyal, semua dibeli di kedai indon dekat haram

ikut pusingan jam; serai 5 riyal, lengkuas 5 riyal, taugeh 3 riyal, semua dibeli di kedai indon dekat haram..kayo jual taugeh kat cni..

Ada sekali hari tu, kami teringin nak menikmati nasi lemak rendang ayam. Apa rencah rendang eh…teringat mak seremban ajar, bahan penting serai, cili api, halia,lengkuas, santan, kerisik. Erm,rasanya dalam peti sejuk ada serai kisar. Serai dikisar halus n simpan dalam freezer utk stok, sebab sini susah dapat serai melainkan di kedai indon dekat dengan Masjid Nabi, kalo tak wat gitu serai jadi cepat kering dan busuk. Kat sini takda cili api melainkan cili api kering yang harganya sangat mahal. Maka, simpanan cili api yang mak keramat bagi saya simpan dalam botol dimana ia direndam dalam cuka, cili ni boleh tahan setahun baik begitu. Santan pula saya guna serbuknye dan kerisik ada sikit bekalan dari mak seremban yang tercinta. Maka rendang saya kali ni takda lengkuas..tatau nak gali katne..dalam gambar tu baru je beli setelah rendang siap..huhu

rendang ayam ala perantau

rendang ayam ala perantau

Bahan

1/2 ekor ayam (kat sini ayam dia kecik je, orang arab selalu makan sorang setengah ekor, sekor pn bleh)

Bahan A

2 s/b cili api

1 s/k serbuk kunyit (kalo ada kunyit hidup lagi best)

2 s/b serai kisar

1 biji bawang besar (resepi asal tak letak bawang, tp nak bagi gravy banyak sket)

1 inci halia

1 cwn air zam-zam …huhu..air biasa pon bley

Bahan B

Serbuk santan 1 paket

2 s/b kerisik

Garam gula secukup rasa

Cara-cara

1) Kisar Bahan A dengan 3/4 cawan air biasa sampai hancur halus

2) Masukkan bahan A dalam kuali dengan ayam

3) Bila kering sikit, masukkan bahan B, masak sampai kering

Dah garuk kepala fikir nak masak apa esok-esok ni..

p/s:

1)terkenang rendang mak seremban n keramat…rindunyaaaa..

2) teknik lain menyimpan cili api supaya tahan lama, mesin or tumbuk halus cili api then bekukan dalam freezer. Boleh tahan hingga sembilan bulan.

3) Sekarang qiyam di masjid nabi dah bermula semalam, mula pukul 1 pagi habis kul 3 pagi. Mereka buat 13 rakaat termasuk witir dan satu rakaat 1 maqra’ Al-Quran akan dihabiskan. Maybe next posting bley cerita tentang qiyam kat masjid nabi ni..tarawih pon tak citer lg ni..manyak posting mau tulis woo..

cili api pemberian mak keramat tercinta

cili api pemberian mak keramat tercinta

Nur Izah Ab. Razak

21 Ramadhan 1429@21 September 2008

Madinah Al-Munawwarah