Sms dari ibu kami yang tercinta di keramat berbunyi

“Alhamdulillah semuanya sihat. Mak dah beri pada kak shi’ar barang-barang dari mak seremban. Mak kirm milo, beras ketupat, rempah rendang dan baju kurung pahang. Kak Shi’ar masukkan dalam beg baju dia barang-barang tu. Dia bawa satu beg je sebab travel sorang-sorang. barang-barang lain mak kirim kemudian. Ramai lagi kawan-kawan mak nak pegi. Izah ok ke dok di madinah?”

Mak semacam risau dengan keadaan saya di sini. Bimbang saya tertekan dan sedih duduk di sini. Jangan bimbang mak, saya bahagia duduk di sini. Saya gembira dapat dekat dengan Rasulullah, hampir dengan suami tercinta, jauh dari ketegangan kerja yang kadangkala memeritkan jiwa.

Maka pada malam itu saya dan suami pergi bertemu kak shi’ar mengambil barang-barang. Antara bekalan yang dikirim:

  • 2 pasang baju kurung bersulam pemberian mak Seremban dan sepasang baju kurung pahang pemberian mak keramat.
  • 2 bungkus nasi impit jenama Nona
  • 3 bungkus rendang segera
  • Milo 2 kg (tak sangka mak bg milo, hr tu cuma bgtau mak milo sini mahal, terus mak pos milo..ish ish malu plak rasa…macam manja sgt..hehe)

Beberapa hari kemudian mak keramat mengirim sms lagi, kali ni barang lain pula yang dikirim.

“Dah amik ke barang-barang daripada kawan Naim. Cili padi, kuah pecal, ikan masin, serunding simpan dalam peti ais. nanti mak kirimkan kueh dah kuah kacang dengan kak haslinda. Dia pergi 26hb. Salam untuk abang”.

Mesti mak risau juga takut saya tak biasa dengan makanan di sini. Tapi memang saya rindu betul dengan makanan Malaysia terutama cili api!!

Lantas suami menemui sahabat Naim di Hotel Shaer untuk mendapatkan 2 kotak barangan yang dikirim. Lebih kurang setengah jam kemudian suami kembali ke rumah. Namun hanya satu kotak yang kelihatan. “Mana satu lagi kotak bang?” saya kehairanan. “Satu kotak lagi dah terlepas ke makkah” Suami menjawab dengan muka yang tenang lagi selamber. Sedihnya masa tu..”Tak apa mungkin bukan rezeki kita” .Suami menenangkan perasaan sedih saya. Maka saya dengan perasaan gembira bercampur baur dengan sedih membuka kotak yang ada dengan pasrah..

Antara barang yang dikirim dalam kotak berkenaan:

  • sebotol sos oyster jenama adabi
  • beberapa paket kopi
  • serbuk rendang 2 paket
  • ikan bilis
  • bawang goreng
  • sambal tempe kering
  • kacang goreng

Nasib baik ada sekotak..kalo dua-dua kotak dah pegi macamana. Saya bimbang juga jika terlalu lama masa yang diambil untuk menghantar kotak itu kembali kepada kami. Mak kata dalam tu ada cili api (which mudah sangat layu), daun kunyit dan daun limau purut..tapi tak pa, mungkin bukan rezeki atau mungkin kamu kene bersabar…

Sehari kemudian, tiaba-tiba kawan Naim memberitahu kami yang  kotak sudah sampai di Madinah. Alhmdulillah. Gembira betul rasa..syukur pada Allah.

kotak yang hilang

kotak yang hilang

Apa yang ada dalam kotak spesel nih?

  • Bawang goreng
  • Rempah rendang mak siti
  • Rempah  ayam Adabi
  • Ikan masin (Talang, sepat,selar kuning, naseb baik kenal ikan sket2..fuhh)
  • Cili kering ..ye ye..bole masak sambal cedap sket..
  • Cili api..my peberet
  • Ikan bilis
  • Daun kunyit dan daun limau purut (ni pun naseb baik kenal daun, kalo tak..camne la nak survive duk jauh dari mak nih)
  • Serbuk kuah pecal

Kesimpulannya berbilion terima kasih pada mak2 ayah2 dan semua yang terlibat dalam pemberian musa’adah spesel dari Malaysia ni..heheh

Nur Izah Ab. Razak

22 Ramadhan 1429@22 September 2008

Madinah Al-Munawwarah