Menstrual cycle lewat lagi. Cukup 6 minggu untuk beta-HCG dapat dikesan dalam urine. Beta-HCG merupakan subunit kepada hormon human chorionic gonadotrophin yang dihasilkan syncytiotrophoblast. Fungsinya ialah untuk memantainkan (bahasa apa ni?? hehe) corpus luteum semasa awal kehamilan dan selalunya fungsi hormon ini untuk mengesan kehamilan. Usia pernikahan sudah masuk setahun lebih. Sahabat-sahabat lain yang berkahwin pada tarikh yang sama semua dah jadi bertiga. Mak kata jangan risau, saya bukan duduk serumah dengan suami pun dalam tempoh setahun tu. Suami jauh beribu batu. Lagipun definisi subfertility ialah

“Inability of a couple of reproductive age to achieve conception after one year of intercourse without contraception (Obstetric and Gynaecology Recall)”

Masa houseman, semua stress. Berlari sana, berkejar sini nak attend patient, pastu makan tak tentu masa. Tidur tak tentu arah. Pastu fikir nak anak. Mak-mak nasihatkan takpa, biar kosong dulu, kerja teruk, suami pula jauh. Dengan kuasa Allah, memang tak pregnant pun. Memang Allah tahu saya tak mampu hamil waktu tu.

2 bulan lalu, kejadian sama berlaku, menstrual cycle delayed. Maka dengan excitednya saya test Beta-HCG saya dirumah. Keputusannya negatif. Stress melanda. Menangis sikit-sikit. Saya bersyukur ada suami yang sentiasa meneutralkan perasaan pesimistik saya. Jangan stress. Kita tenang, jangan tergesa-gesa. Masa banyak lagi. Peluang banyak lagi. Beratus ovum lagi yang boleh dihasilkan dengan izin Allah.

2 minggu lepas saya bermimpi, ketika itu saya bersama Adam,my nephew, kami terkurung dalam satu bilik. Tiba-tiba saya terasa sesuatu mahu keluar dari badan saya. Rupanya kepala bayi. Pastu terjaga. Macam-macam boleh jadi dalam mimpi. Kelakar bila dikenangkan balik. Teringat pesan Adam,

“Nanti mak ngah bawa balik baby ye, baby girl, mak ngah beli la kat pasar kat Madinah tu”

Itu lah Adam, usianya nak masuk 4 tahun, sudah mula bercakap ketika usia genap setahun. Dia memang petah bercakap. Dia menginginkan adik, adik perempuan yang memakai baju berwarna pink. Hampir setiap hari memesan pada ibunya supaya membeli seorang adik supaya dia tidak sunyi keseorangan. Kalau lah untuk memiliki zuriat itu semudah membeli sayur di pasar malam, saya lah orang yang paling awal membelinya.

Maka pada pagi semalam, di mana konsentrasi hormon Beta-HCG paling tinggi, saya memeriksa urine. Ternyata 2 garisan. Bukan satu garisan macam yang lepas-lepas. Lantas orang pertama yang dimaklumi, suami tercinta. Kami gembira namun seakan tidak percaya. Maka suami bergegas sekali lagi ke saidaliyah@farmasi untuk membeli 2 jenis pengesan beta-HCG yang berlainan jenama. Maka keputusan kedua saya turut dua garis. Rasa gelihati kerana sepatutnya orang yang belajar perubatan perlu lebih konfiden dengan keputusan hormon ini yang mampu mencapai 99.9% tepat. Tapi kerana belajar perubatan lah saya sangsi, kerana keputusan yang positive bukan hanya eksklusif untuk menyatakan saya hamil. Banyak lagi kebarangkalian lain yang boleh menyebabkan beta-HCG boleh dikesan. Saya pasrah.

Maka saya dan suami perlu banyak berdoa dan bermunajat pada Yang Maha Mengetahui. The golden apparatus to make the diagnosis of pregnancy is ultrasound scan either transvaginal (which is the most accurate especially for the early gestational age) or transabdominal.

Maka esok saya perlu ke hospital…

p/s: Artikel ditulis minggu lepas. Nantikan episode mendebarkan di Hospital Ar-Rahmah..mcm drama daaa..

Nur Izah Ab. Razak

16 Syawal 1429@15 Oktober 2008

Madinah Al-Munawwarah.