Lama betul tak update blog, karangan di hospital Ar-Rahmah tu dah separuh siap, tinggal nak letakkan gambar ultrasound je lagi. Hyperemesis gravidarum@morning sickness saya selalu menyerang waktu malam, sebelum tidur. Keluar segala makanan yang separa dicerna yang berwarna kuning ke warna kehijauan. Perut selalu jadi pedih dan abdomen rasa sakit sedikit dan seluruh badan menjadi lemah-lemah selepas muntah-muntah. Ia juga selalu menyerang bila saya terpandang atau terbau  makanan yang berjenis-jenis yang terhidang atas meja. Saya nyaris termuntah di hotel ketika majlis menyambut kedatangan duta besar malaysia ke saudi tempoh hari. Nasib baik dapat dikawal. Alhamdulillah serangan hyperem ini tidak kerap.

Jika dulu rancangan FATAFEAT sebuah rancangan masakan 24 jam merupakan channel kegemaran namun kini perasaan suka telah luntur. Saya selalu berasa mual untuk menonton rancangan masakan. Selalu rasa kasihan dengan suami, kini sibuk menguruskan aktiviti ziarah para jemaah haji, rasa sedih jika melihat dia keletihan dan kelaparan. Maka saya perlu menguatkan diri untuk melangkah kaki ke dapur untuk masak! Kini memasak merupakan satu perjuangan untuk saya. Rasa nausea@mual perlu dilupakan sementara. Makanya saya akan mengalihkan rasa mual itu dengan makan buah oren atau memotong buah limau nipis atau lemon untuk saya hidu. Setakat ini mungkin tak perlu untuk mengambil metoclopramide@maxolon lagi, harap-harap tak perlu ambil langsung pun. Pengambilan acid folic, vitamin B complex, vitamin C dan Omega 3 tetap tabah diteruskan..

Kali kedua ke Ar-Rahmah, berat badan saya menurun hampir 1 kg. Dulu punyalah susah nak turun, aik skrg senang-senang je turun 1 kg dalam seminggu? Mungkin sebab selera saya berkurang. Kuantiti nasi jadi lebih sedikit. Itupun sekali sehari makan nasi sebab tak selera. Jadi selalu kene top-up balik dengan makan pisang, oren, pear dan susu. Tak tahan perut pedih. Tapi tak selera nak makan..

Hasrat untuk menyertai kelas pengajian bahasa Arab perlu ditangguhkan dahulu. Mungkin paling lewat selepas musim haji nanti. Tunggu keadaan fizikal dan mental betul-betul stabil.

p/s: Suka sangat menonton filem Maryam Al-Muqaddas di youtube. Terpikat dengan suara Imam Masjidilharam, Sheikh Mahir Al-Muaiqily, meruntun jiwa. Ni termasuk dalam supplement masa mengandung juga..Semoga zuriat yang bakal lahir ini menjadi orang yang soleh.

DOA UNTUK ANAK SOLEH

SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيم

Our Lord! And make us submissive unto You and of our offspring a nation submissive unto You, and show us our Manasik, and accept our repentance. Truly, You are the One Who accepts repentance, the Most Merciful.

Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

SURAH ALI-IMRAN AYAT 38

رَبِّ هَبْ لِى مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَآءِ

At that time Zakariyya invoked his Lord, saying: “O my Lord! Grant me from You, a good offspring. You are indeed the All-Hearer of invocation.”

Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan”.

SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ

“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

Nur Izah Ab. Razak

4 Zulkaedah 1429@2 November 2008

Madinah Al-Munawwarah.