Pada 9 Oktober 2008, tepat jam 10 pagi saya dan suami bersiap untuk ke Hospital Ar-Rahmah. Hati saya berdebar-debar sewaktu dalam perjalanan ke sana. Ini kali pertama saya ke hospital sebagai pesakit. Juga kali pertama untuk menjalani pemeriksaan ultrasound scan.

Sewaktu tiba di bangunan Hospital Ar-Rahmah, saya terpandang satu banner berwarna kuning yang didirikan secara vertical menyatakan terdapat hari-hari tertentu hospital terbabit memberikan diskaun sebanyak 50% untuk semua rawatan yang disediakan. Lantas saya sepantas kilat melihat senarai nama doktor untuk department Nisa’ wal wiladah (Obstetric & Gynaecology). Antaranya Dr. Safa, Dr Shahnaz, Dr Izah  dan beberapa doktor lain. Semasa mendaftar, saya dikehendaki membayar SR75, 50% dari harga sebenar hanya untuk ultrasound scan. Memiliki mesin ultrasound ternyata boleh menjana pendapatan lumayan di sini!

Saya diberitahu untuk menemui Dr Shahnaz yang merupakan pakar dalam bidang O&G di tingkat 1. Sebaik pintu lif terbuka, ramai wanita berjubah hitam seperti saya sedang menunggu giliran. Saya terpinga-pinga. Bagaimana prosedur yang sebetulnya untuk bertemu dengan doktor?Ternyata ada satu kaunter pertanyaan disediakan namun tiada kakitangan yang berjaga di situ. Tiada sistem nombor untuk memanggil pesakit secara sistematik seperti di Malaysia. Tiba-tiba ada seorang wanita berpakaian uniform hospital, berjubah biru muda, tudung berwarna merah jambu dan mengenakan niqab berwarna putih lantas mencapai resit bayaran yang saya pegang. Dia meminta saya pergi ke bilik ultrasound dalam bahasa Arab. Alhamdulillah, satu step sudah dilalui. Hanya saja perlu menunggu Dr. Shahnaz untuk masuk ke dalam bilik tersebut.

Saat menunggu Dr Shahnaz seperti saat menunggu hukuman untuk dipenjarakan. Jantung saya berdegup deras. Tapi belum sampai peringkat tachycardia lagi mungkin. Bilik itu sungguh dingin dan suram kerana tiada lampu dipasang. Memang bilik ultrasound begitu supaya segala cahaya bertumpu kepada skrin mesin scan. Beberapa minit kemudian Dr Shahnaz tiba. Ternyata dia bukan seperti yang saya bayangkan. Bukan wanita yang bergaya dengan hiasan glamour di baju seperti sebahagian pakar O&G di tanahair. Dia hanya mengenakan jubah hitam sederhana. Tiada calitan make-up di wajahnya yang jernih itu. Mungkin umurnya sekitar 50-an. Kelihatan sungguh arif tentang mesin ultrasound. Saya memperkenalkan diri. Dia mesra. Saya tertarik dengan Dr Shahnaz yang memberi penerangan yang jelas yang boleh difahami.

The 5 weeks 5 days servant of Allah

Our beloved baby,the 5 weeks 5 days servant of Allah, tak nampak fetal echo lagi

Dia menunjukkan bahawa memang betul saya hamil. Terdapat sebuah kantung(gestational sac) berbentuk bulat . Dan dia turut menyatakan bahawa kedudukan kantung di bahagian bawah uterus (rahim). Dan seperkara lagi menurutnya saiz kantung berukuran 5 minggu .

Dr Shahnaz lantas bertanya, “Do you have any suprapubic pain or vaginal bleeding?”. Lantas saya dengan yakin menafikannya. Dia kemudian memberi saya gambar ultrsound itu dan berkata “There is a possibilty of threatened abortion (ada kemungkinan kandungan boleh gugur)”. Saya menelan air liur. Namun saya tenang. Dulu di tanahair, sewaktu membuat scan untuk pesakit saya, jika usia kandungan masih awal seperti 5,6 atau 7 minggu, selalunya transvaginal ultrasound akan dibuat sebelum membuat sebarang diagnosis, tidak cukup dengan transabdominal ultrasound. Dan jika perlu, pemeriksaan speculum akan dilakukan. Bukan mudah untuk mengatakan treathened abortion atau inevitable abortion or etc sebelum pemeriksaan terperinci dibuat.

Ternyata keputusan transabdominal ultrasound saya tercatat seperti berikut:

There is singleton intrauterine gestatinal sac. No fetal echo seen

Kemudian tekanan darah dan berat badan saya diambil. Saya dibekalkan dengan prescription Tab. Acid Folic 2mg bd (2 kali sehari). Alhamdulillah, saya telah menyiapkan acid folic itu dari Malaysia cuma yang berbeza hanya kepekatannya 5mg od (sekali sehari). Disamping itu, saya turut bersiap dengan Tab. vitamin C 100mg od, Tab. vitamin B complex 1/1 od, Tab. Omega 3 1/1 od, dan Tab. Ferrous Fumerate 200mg 0d, semuanya dari Malaysia.

Dr Shahnaz menasihatkan saya supaya datang lagi seminggu untuk membuat ultrasound sekali lagi.Maka saya kembali menghitung hari, semoga Allah memelihara kandungan saya dan biar dia membesar dengan sempurna..