Bismillah.

Pelik macamana saya boleh memerap dalam rumah selama berminggu-minggu. Cuma sekali-sekala menyibuk ikut suami beli barang dapur. Itu pun kalo dah dekat dengan section ayam or ikan, tetiba reverse tak jadi masuk area tu. So tunggu cik abang pilih mana barang basah yang diingini. Kalo tak memang boleh termuntah. Reflex muntah yang berulang-ulang.

Pergi masjid Nabi tengok manusia terlalu ramai. Sesak hingga kawasan luar masjid. Orang putih, hitam, coklat, kuning langsat semua ada. Geng-geng jemaah Afrika dan Turki sememangnya sasa dan kuat. Ada sekali tu, deretan mak cik2 dari afrika. Mereka mengenakan pakaian serba merah terang yang sememangnya menonjol dari jarak 100 meter. Ditakdirkan mereka bersolat dalam satu saf yang cukup lurus dan cantik, namun apakan daya saf itu betul2 mem’blok’ tangga turun ke tandas. Nasib baik saya membuntuti 2 orang wanita Iran yang tak kurang gagahnya. Lantas mereka berdua terus merempuh saf wanita berkulit nitam itu dengan jayanya. Sayang saya tak dapat nak bolos sama. Maka saya dengan kudrat yang ada cuba meminta izin supaya mereka memberi ruang untuk saya lalu. Tidak diendahkan. Malah salah seorang dari mereka siap menyiku bahagian abdomen bawah dengan begitu kuat. Rasa senak. Saya terpaksa lalu juga dicelah mereka dengan tenaga yang ada. Alhamdulillah rasa senak itu tidak berpanjangan.

Berbalik pada cerita hibernasi. Tak pernah seumur hidup saya memerap di dalam rumah sebegini lama. Nasib baik pintu dan tingkap rumah masih dimasuki cahaya matahari di siang hari untuk bekalan vitamin D. Di TV, barangkali hampir mencapai seribu chanel tetap tak menarik hati saya untuk menatap dada kotak kaca TV untuk jangkamasa yang lama. Kecuali ada satu chanel, namanya Al-Quds. Chanel yang menyiarkan berita yang fresh dari Ghaza, Palestine, chanel Al-Quds. Meskipun merangkak-rangkak untuk saya faham isi kandungannya namun paparan video di sana sudah cukup menggambarkan penderitaan rakyat Palestine.

Dalam hibernasi di rumah ini, saya sempat menghabiskan masa dengan menonton satu filem dokumentari yang dipaparkan di dalam youtube (thank you hubby sediakan internet). Tajuk dokumentari berfakta ini ialah “Occupation 101”. Majoriti pengulas dokumentari ini terdiri dari orang Amerika dan Yahudi. Saya terperanjat dengan ulasan mereka yang betul-betul telus tentang penderitaan rakyat Palestine. Sewaktu hibernasi, saya selalu merenung bumbung, dinding, pintu, tingkap dan lantai rumah kami. Alangkah bahagianya saya masih memiliki rumah yang tidak bocor, tidak hancur berkecai akibat ledakan bom atau panahan peluru-peluru. Sekarang jarak saya dengan Palestine sudah dekat. Impian saya untuk berkhidmat dengan pasukan perubatan di Palestine sudah lama. Harap kesampaian satu hari nanti.

Selepas saya muntah-muntah untuk beberapa siri, selalu saya berasa lega. Namun perut mulai memedih. Namun saya sering membandingkan betapa lagi pedih perut-perut wanita yang sedang sarat mengandung di bumi Palestine. Di kala suami saya dapat tenang belajar di bumi Madinah, mereka kehilangan suami yang dicintai. Mungkin sedang diseksa, dipatahkan tulang hidup-hidup  (ada satu kempen zionis yang dinamakan “Breaking The Palestinian Bones”, video boleh dilihat dalam dokumentari Occupation 101), dikelar atau dicungkil biji mata. Betapa pedih perut ibu-ibu mengandung (ditekankan mengandung kerana membandingkan keadaan diri saya) yang kelaparan, betapa pedih hati jiwa mereka kehilangan suami, anak-anak dan keluarga mereka. Jadi apalah sangat jika dibandingkan dengan keadaan serba cukup malah berlebih dalam hidup ini. Zionis are having severely mental illness.

Musim hibernasi kali ini menghampiri musim sejuk. Namun sejak seminggu lebih kebelakangan ini, suhu masih panas walau tidak sepanas waktu mula2 saya datang dulu. Air paip tidak lagi menggelegak seperti dulu. Syukur dengan segala nikmat yang Allah beri. Saya mahu menghabiskan satu lagi kisah youtube tentang kisah seorang wanita US yang digelek sebuah bulldozer milik zionis akibat mahu mempertahankan rumah warga palestine yang hendak diroboh, wanita itu bernama Rachel Corrie.

Selamat menunaikan haji kepada seluruh bakal haji di seluruh dunia..

SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ

“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

Nur Izah Ab. Razak

27 Zulkaedah 1429@25 November 2008

Madinah Al-Munawwarah.