cinta

kepala botak baru bercukur lepas umrah๐Ÿ˜‰

Cinta,

Terima kasih kerana menjadi antibiotik ketika bakteria duka sedang melanda

Terima kasih kerana sentiasa tersenyum penenang jiwa

Terima kasih kerana tidak pernah gagal memberi makanan berprotein,berkarbohidrat,bervitamin, berserat etc yang enak lagi sihat

Terima kasih kerana membelikan baju untuk melindungi lapisan dermis dan epidermis dari hawa panas atau sejuk yang membawa penat

Terima kasih kerana menyedia tempat tinggal paling nyaman dalam dunia

Terima kasih kerana peka dengan kehendak jiwa

Terima kasih kerana mengisi kantung uterus dengan benih tercinta

Terima kasih kerana selalu mengingatkan tentang solat supaya hidup lebih terarah

Terima kasih kerana tidak pernah meninggi suara apatah lagi menunjuk marah

Terima kasih kerana mendidik

Supaya diri ini lebih berilmu lagi cerdik

Terima kasih kerana banyak bersabar

Terima kasih kerana terus menjana idea isu umat terus menjadi segar

Namun sesungguhnya masa kita di dunia terlalu cepat

Takut tidak sempat untukku menabur cinta seoptimumnya untuk berkhidmat

Kerana serasaku baru menatap wajah bersihmu baru sesaat

Ternyata kehidupan di dunia sementara ini terlalu singkat

Terlalu banyak kasih untuk dirimu telah siap untuk dicurah sentiasa

Sesungguhnya beruntunglah suami yang berlaku baik pada isterinya

Semoga kita akan menganyam cinta lagi di syurga

Terima kasih Cinta.

SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

ุฑูŽุจู‘ู ู‡ูŽุจู’ ู„ูู‰ ู…ูู†ูŽ ุงู„ุตู‘ูŽู€ู„ูุญููŠู†ู

โ€œMy Lord! Grant me (offspring) from the righteous.โ€

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

Nur Izah Ab. Razak

3 Zulhijjah 1429@30 November 2008

Madinah Al-Munawwarah.