Artikel ni ditulis masa mula2 waktu berpisah jarak ngan suami. Kali pertama berpisah setelah bernikah 2 bulan lebih. Teringat balik pada artikel ni sebab rindu suami pergi Makkah. Nasib baik kali ni 2 hari je..kalo 2 bulan..hujan lebat lagi mau turun la..terkenang perasaan Ummu Tasneem, Ummu Fateen, zaujah Asri, zaujah Amin, zaujah Moin dan lain2 yang berada jauh dari suami..tabahkan hati..

Ok, lelapkanlah mata, malam ni je dah 2 entry dibuat..lusa dia balik inshaAllah..

Penangan pernikahan

December 31st, 2007 by nur-izah207

Picture_007

Di KLIA, berat mata ini nak lepaskan pandangan ini dari suami tercinta…lagi berat hati nak menanggung perpisahan ni…

Dalam sebulan pertama, dia pergi..langit jadi mendung..perasaan jadi lesu..hilang semangat di dalam jiwa..sedangkan selama ni menanti-menanti hari esok untuk melihat perkembangan pesakit…makan pun tak lalu!! (padahal makan la aktiviti yg paling diminati huhu)

Dia tinggalkan capal terakhir yg dipakai di dalam kereta..sewaktu ke tempat kerja..terpandang capal peninggalannya..terus berderu air mata mengalir..terkenangkan suami yg jauh dari tanahair..

Balik ke rumah, terlihat jubah solat yg sering dia pakai tergantung di almari..mmg sengaja minta jgn dibasuh jubah itu..utk pengganti dia..sekali lagi berlinangan air mata..

Setelah beberapa bulan menanggung perasaan yg berat ni..alhamdulillah…dia akan pulang ke pangkuan..

Tak disangka begini hebat penangan pernikahan…

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir” (Ar rum,21)

p/s: terkenang bagaimana perasaan isteri2 yg suami mereka pergi berperang dan dipenjarakan..atau berpisah kerana kematian, syahid di jalan Allah..

SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ

“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

Nur Izah Ab. Razak

5 Zulhijjah 1429@2 December 2008

Madinah Al-Munawwarah.