Dinner bertiga? Sapa lagi sorang? Sudah tentu anak mama dalam uterus ni..hehe. Semalam tak masak pon untuk makan malam sebab dah plan nak makan kat satu tempat ni. Dah tak berapa larat sangat nak makan nasi arab, time pregnant ni langsung tak lalu makan nasi arab ni. Lalu kami bertiga pegi la berdinner ka Shing Yang Chinese Restaurant kt Khalid bin Walid Road, dekat sikit nk sampai jamiah abang.

main entrance

main entrance

Macam masuk tempat spa lak yg mcm satu filem jackie chan tu. Decoration cantik dan selesa. Lampu pon romantik je, ai boleh nmpk makanan ke tak ni. Apa yg best, tempat makan kt Madinah ni ada compartment2 untuk family yang tertutup. So boleh la buka niqab dengan senang hati untuk menjamu selera tanpa risau.

lukisan berukir with romatic light

lukisan berukir with romatic light

lukisan tembok besar China kat dinding yang bercahaya

lukisan tembok besar China kat dinding yang bercahaya

menu

menu

Kami order crab corn soup (ni sedap, x sampai 5 minit mknn sampai dah licin sup ni), fried prawn with butter sauce (masin sket, kat tmpt mkn cheng Ho yg amy search punya tu,kt mesia, lagi sedap, tapi ni still sedap juga), mix fried rice (nasi dia sgt cantik mashaAllah), dan hong kong fried noddle (bertimbun dia punya udang sotong, ikan). Portion untuk hidangan nasi dan mee mmg byk, boleh share 2 org satu portion. Harga makanan2 ni range dari SR15 to SR55. Hai takleh nak makan selalu ni bleh kering poket En. Fawwaz..heheh.

crab corn soup

crab corn soup

butter prawn

butter prawn

mix fried rice

mix fried rice

hong kong noodle

hong kong noodle

Service dia cepat juga dan staf dia cekap dan pantas. Kesimpulannya memang puas hati kalo makan kat sini. Thank you baba, lain kali kita pegi lagi ye baba (maybe baby kata ni..huhu)..

Syukur pada Allah yang Maha Pemurah, berkati rezeki kami ya Allah.

SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ

“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

Nur Izah Ab. Razak

4 Zulhijjah 1429@1 December 2008

Madinah Al-Munawwarah.