airport antarabangsa madinah, yang nak gi makkahnye lain

airport antarabangsa madinah, yang nak gi makkahnye lain

Malam ni suami berangkat ke Makkah. Flight kul 9 lebih mlm. InshaAllah sampai dalam 45 minit ke Jeddah. Plan asal nak naik teksi tapi tambang pun rege lebih kurang sama direlatifkan dengan kecepatan masa dan penjimatan tenaga. Pergi ke Makkah bukan nak buat haji. Tambahan skrg ni kerajaan Saudi sgt ketat undang-undangnya. Setiap orang yang hendak menunaikan ibadah haji WAJIB mendapatkan tasrih@permit yang berharga lebih kurang SR3000 (kalo salah betulkan).

Student-student Malaysia Madinah aka ahli PPM (perpustakaan pelajar Malaysia Madinah, aik nape jadi library plak ni, oh ini rahsia) pun masih berhempas pulas nak dapatkan tasrih ni. Tak sure lagi budak2 baru ni dapat pegi secara ‘halal’ atau ikut jalan padang pasir. Jadi mengenangkan suami ni dah tahun akhir, maka dibatalkan niat nak buat haji tahun ni. Sebab denda@hukuman sgtla berat eg didenda beribu2 riyal, hukuman penjara, dihantar pulang terus ke nagara asal tanpa bicara..hai seram dengar. Segala puji bagi Allah yang mengizinkan saya menunaikan haji tahun 2000 dulu. Tak la rasa tak sedap sgt..kalo dapat pegi lagi best tapi apakan daya..

Maka En. Fawwaz telah berangkat untuk menemui ustazah Zuhrin (best friend mak keramat yang juga guru mengaji suamiku waktu kecil2 dulu) yang menunaikan haji tahun ni. Ustazah memang selalu dapat gi haji. Tambahan pula mak keramat ada mengirimkan satu beg seberat 15 kg untuk anak-anaknya di Madinah ni. Mak hantar air kotak kacang soya, bijian kacang soya, etc dan yang paling special penapis kacang soya yang mak jahit sendiri untuk saya. Terima kasih mak, bergenang air mata ni terharu..So lepas ni kena la rajin-rajin buat air kacang soya homemade punya macam ummu akmal buat. lagipun sebelum ni mak seremban ada kirim bijian kacang soya tapi tak buat-buat lagi…terima mak bedua, kami sayang mak..En. Fawwaz turut terbang ke sana untuk urusan korban. Semoga Allah murahkan rezeki keluarga kami.

Maka saya tinggal berdua dengan anak dalam kandungan ni selama 2 hari di rumah. Sedih rasa..tak pernah melalui malam2 tanpa suami di sisi kat Madinah ni. Takpa anakku, baba pegi cari rezeki untuk kita..Nasib baik ada Ummu Akmal ngan Akmal dekat rumah. Mak cik tunggu Akmal datang ya..

SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ

“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

Nur Izah Ab. Razak

4 Zulhijjah 1429@1 December 2008

Madinah Al-Munawwarah.