Majlis meraikan Duta Besar

Majlis meraikan Duta Besar

Pada 30 Oktober 2008 yang lalu, beberapa jam selepas Annual Grand Meeting PPM (Perpustakaan Pelajar Malaysia Madinah) telah diadakan satu makan malam khas untuk meraikan Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi yang baru dilantik,Professor Madya Syed Omar Syed Mohamad Al-Saggaf . Majlis diraikan di Hotel Al-Harithiyah, berdekatan dengan Masjid Nabawi. Duta Besar merupakan bekas pelajar Universiti Islam Madinah pada tahun 1960 an dahulu di mana jalan untuk ke universiti masih berdebu dengan padang pasir akibat sangat kurang kedapatan jalan tar yang moden seperti sekarang.

Professor Madya Syed Omar, Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi

Professor Madya Syed Omar Syed Mohamad As-Saggaf, Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi yang baru dilantik

Student Universiti Islam Madinah

Student Universiti Islam Madinah

kelihatan Ust Radhi berbaju oren

kelihatan Ust Radhi berbaju oren, Konsul Pendidikan

Student lagi

Student lagi

)

Sebahagian dari exco, ni kene disahkan lagi ni, agak je sebab exco kene pakai baju melayu malam tu..๐Ÿ™‚

Tahniah buat saf kepimpinan PPM yang baru dilantik. Semoga dapat menjalankan amanah dengan penuh tanggungjawab dan rasa takut pada Allah. Beruntunglah student-student kali ni mendapat duta yang memang sudah biasa dengan Madinah.

Akmal berlari dengan laju dan penuh konfiden

Akmal berlari dengan laju dan penuh konfiden

Setelah selesai kenyang, kaum suami ajak balik. Maka tak sempat la kaum isteri nak bergambar2 dengan wanita-wanita VIP ni..takpa lain kali buat lagi makan-makan ya, boleh jumpa lagi. Maka si kecil Akmal dengan perut yang kenyang gembira berlari-lari di luar masjid Nabi meninggalkan ibu dan mak ciknya yang berjalan begitu slow kerana makanan penuh dalam perut.

Tahniah Professor Madya Syed Omar Syed Mohamad Al-Saggaf, selamat bertugas di bumi Saudi..

p/s: artikel ni pun dah lama siap, tapi dok simpan je buat pekasam..heheh

SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

ุฑูŽุจู‘ู ู‡ูŽุจู’ ู„ูู‰ ู…ูู†ูŽ ุงู„ุตู‘ูŽู€ู„ูุญููŠู†ู

โ€œMy Lord! Grant me (offspring) from the righteous.โ€

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

Nur Izah Ab. Razak

5 Zulhijjah 1429@2 December 2008

Madinah Al-Munawwarah.