Bismillah.

Ramai kata hati unta elok untuk bantu penyakit asthma. Abu Saif pun kata gitu. Tapi dia panggang kibdah aka hati unta sampai jadi hitam n grind jadi serbuk campur dalam kopi. Alhamdulillah kami takda asthma. Cuma sekali sekala terasa nak makan hati unta. Sebab sini mudah nak dapat. Takut balik Malaysia nanti teringat-ingat pula.

Masa awal-awal bulan Syawal hari tu, masa tu baru 2 hari B-HCG thru urine positive, suami belikan breakfast. Ni bukan breakfast biasa-biasa yang ada kat Malaysia. Ni ada kat negara arab je kot. Hehe, kalau la ada nasi lemak rendang ayam waith kangkung rebus pak cik janggut kat keramat, char kue tiow pakcik depan surau kat seremban, roti canai pak cik depan surau gak, dah lama kami berlari membelinya. Tapi apakan daya, hanya boleh berangan saja tentang makanan-makanan lazat tersebut.

hati unta (kibdah) goreng, roti, sup kaki kambing

ikut pusingan jam: hati unta (kibdah) goreng, roti, sup kaki kambing

Namun breakfast hari tu boleh tahan. Masa tu anak tekak ni boleh la pula menghidu makanan yang pak arab ni masak. Menu dia goreng hati unta (macam ada goreng kicap sket), sup kaki kambing (hai kalo skrg memang meloya tekakku, hari tu boleh je telan), dan roti lembut yang bebentuk bulat (haa, yang ni mmg kawan baik saya masa pregnant selain roti bentuk bujur yang berharga serendah 1 riyal untuk 7 ketul roti, roti yang tabur habbatus sauda’ pon sedap). Maka makanlah kami pada hari tersebut dengan penuh selera.

SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ

“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

Nur Izah Ab. Razak

6 Zulhijjah 1429@3 December 2008

Madinah Al-Munawwarah.