hadiah buku dari ammu bob

hadiah buku dari ammu bob @ abu fateen

Ammu=pak cik (merujuk pada pak cik/bapa saudara sebelah bapa eg. ammu fawzul)

Khalu=pak cikjuga (tapi ni merujuk pada pak cik/ bapa saudara sebelah ibu eg. khal muhammad)

Beberapa hari lepas, sebelum member2 baba yang kaki bola datang ke rumah untuk menyaksikan match bola kat chanel sowsport kot, member baba yang nama manjanya Bob telah menghadiahkan hadiah pertama untuk kamu wahai anakku yang belum keluar ni. Ammu Bob @ Abu Fateen telah menghadiahkan sebuah buku yang cantik lagi menarik yang regenya membuatkan saya fikir dua kali nak beli.

Kat sini buku mahal, pendek kata byk benda yang mahal lagi dari Malaysia. Tapi sesuai la kalo gaji starting cikgu sekolah rendah pun dari SR4k, polis biasa SR5k. Kecur air liur dengar gaji doktor kat sini. Tambahan pula rege petrol berapa sen je, pastu sini jalan cantik gak tapi takde tol yang mencengkam rakyat. Lagi satu student dapat biasiswa penuh dan bukannya pinjaman yang perlu dibayar, malah warga bukan Saudi pun terima biasiswa termasuklah geng-geng pelajar Malaysia kat Madinah ni, seronok je, pegi universiti belajar senang hati tak yah fikir nak korek duit dari mana nak tampung belajar. Dah tu sempat boleh bawa anak isteri lagi tanggung guna duit biasiswa tu @ mukafaah.

isi kandungan buku

isi kandungan buku

sticker untuk dilekat dalam buku, mama kene pegi sekolah ni nak faham buku ni

sticker untuk dilekat dalam buku, mama kene pegi sekolah ni nak faham buku ni

Terima kasih berjuta-juta lemon Abu Fateen kerana membelikan hadiah yang special ni. Mesti sedang mengalami kerinduan tahap maksima kat Ummu Fateen dan Fateen Amani yang sgt comel lagi gebu tu. Dengar berita Fateen dah pandai jalan, kalo Akmal tahu ni mesti dah boleh main kejar-kejar ni.

bapa mithali, abu fateen ngan fateen, kelihatan akmal sedang merenung fateen yang sedang ngantuk tu..hehe

bapa mithali, abu fateen ngan fateen, kelihatan akmal sedang merenung fateen yang sedang ngantuk tu..hehe

Hai rindunya dengan anak buahku Muhammad Adam. Setiap kali tepon mak ngah mesti pesan bawa balik baby pink nama Aisyah, bila tanya Adam nak buat apa, Adam nak cium baby pink tu..rindunyaaa

kaki adam sempat senyum lagi walaupun kene kaki kene simen akibat buat aksi superman dalam bilik air, nangis ibu tau..

sempat senyum lagi walaupun kaki kene simen akibat buat aksi superman dalam bilik air, nangis ibu tau..

SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ

“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

Nur Izah Ab. Razak

6 Zulhijjah 1429@3 December 2008

Madinah Al-Munawwarah.