bangunan rumah lama

bangunan rumah lama

Setelah lebih 4 bulan saya dan suami tinggal di rumah ini akhirnya kami berpindah ke rumah lain. Sebulan lepas dapat notis yang tuan rumah ni nak naikkan sewa rumah kami. Di sini selalunya sewa rumah dibayar untuk setengah tahun atau setahun terus. Rumah kami ni bersaiz kecil. Ada satu ruang tamu, satu bilik tidur, satu bilik air dan satu dapur. Memang comel dan sesuai untuk pasangan seperti kami. Sebelum ni rumah ni telah disewa oleh beberapa generasi mutazawwijin dari Malaysia dan saya adalah generasi yang ke-5 (kalau tak salah kira). Maka banyakkah kelengkapan rumah yang dibeli secara turun temurun antaranya lesung batu, periuk belanga, sofa, tilam, almari dll (nak senarai panjang). Kiranya harga sewa sebelum ni yang bernilai SR9500 setahun adalah untuk rumah sahaja tanpa perabot dan keperluan lain. Termasuklah 2 biji air-cond antik yang tahan lama dan heater yang perlu dibeli sendiri dari generasi terdahulu.

ruang tamu

ruang tamu, senget-benget bantal tak sempat touch up

depan tv

depan tv

sliding door ke bilik dan dapur

sliding door ke bilik dan dapur

Pada satu hari, sewaktu musim haji mula menjengah, wakil dari tuan punya bangunan ada memberikan notis menaikkan harga sewa rumah kami kepada SR12000 setahun. Bermakna kami perlu membayar SR1000 sebulan untuk sebuah rumah kecil yang tidak tidak berperabot langsung!! Rasa tak logik pula dengan kenaikan yang begitu mendadak tanpa alasan yang munasabah diberikan. Pula tu dengan kadangkala dengan masalah tiada bekalan air dan lif bermasalah menjadikan harga itu tak berbaloi. Teringat pula satu rumah yang disewa oleh Dr Mashitah yang berdekatan dengan Masjid Nabi berharga SR1000++. Memang sesuailah dengan lokasi yang strategik dan keluasan rumah.

Maka setelah berfikir panjang, suami mengajak saya berpindah ke rumah Sheikh yang mengajar di jamiah, selang sebuah bangunan dari rumah comel ni. Mula-mula memang terasa keberatan sebab banyak benda yang kene setel. Nak kemas, pack, angkut barang dengan keadaan saya yang pregnant ni. Saya dan suami memang tak biasa berpindah randah dari kecil lagi. Kami tetap duduk di satu tempat sampai kami dewasa kecuali nak pindah masuk asrama, universiti.

Maka pada hari ini, kami mulakan operasi membungkus barang untuk berpindah dari baju, pinggan-mangkuk, periuk, senduk bla bla bla. Alhamdulillah kerja pack barang selesai. Pada malam tu member2 suami, Asri, Abu Akmal, Abdurrahman, Lokman, dan Munir bertungkus-lumus membantu suami mengangkut barang2 ke rumah baru ni. Tak sempat nak bagi apa pun kat mereka. Cuma sempat masak nasi goreng cendawan je nak bagi diorang kenyang sikit. Tu pun masak apa stok makanan yang ada je kat dapur ni. Nasib baik terjumpa balik periuk nasi dalam plastik. Nasib baik sekarang cuti sekolah, kalo tak haru juga. Terima kasih tak terhingga semoga Allah membalas jasa meraka.

Saya baru sekali menjenguk rumah baru ni. MashaAllah cantik, luas dan lengkap dengan perabot. Terima kasih apda Sheikh yang bagi kami menyewa rumahnya. Satu bangunan dengan PPM. Alhamdulillah.

Namun, rasa sayang nak tinggalkan rumah comel ni. Banyak kenangan yang indah di sini..

SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ

“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

Nur Izah Ab. Razak

7 Zulhijjah 1429@4 December 2008

Madinah Al-Munawwarah.