Pada hari Jumaat lalu, setelah sebahagian barang-barang dibawa pindah oleh kawan-kawan suami, tuan rumah dan isteri turut mengangkutkan diri ke rumah baru. Sedih je rasa nak tinggalkan rumah lama yang penuh dengan kenangan. Kenangan yang paling terkesan ialah apabila mengetahui diri ni hamil. Allah sahaja yang tahu macamana gembira hati ni. Alhamdulillah.

Setelah barang-barang diletak di tepi sofa yang empuk lagi cantik milik Sheikh. Saya dan suami tanpa berlengah sama-sama membaca surah Al-Baqarah hingga tamat. memang tak larat nak kemas betul-betul hari tu mengenangkan badan yang betul exhausted (saya bukan buat apa pun, cuma pack barang-barang je, kesian suami bertungkus-lumus mengemas)

Keesokannya  hari sabtu, suami mengupah 2 orang warga pakistan untuk membantunya mengangkut barang-barang besar seperti sofa, almari, tilam bla2. Memang kuat dan rajin mereka ni, pembantu yang baik. Selalunya warga Afghanistan atau Pakistan akan berkumpul beramai-ramai di tepi jalan Tariq Salam seawal selepas Subuh. Mereka menawarkan khidmat mengangkut barang-barang. Upah yang dikenakan ialah SR100 seorang. Kat Malaysia tak ada gini, unik. Lagi satu yang unik ialah apabila kita boleh menahan mana-mana kereta di jalanraya untuk dijadikan teksi sapu aka kambing (panggilan famous untuk teksi sapu di kalangan student Malaysia). Kalau di Malaysia, boleh mengundang padah dan jenayah kalau berhenti apabila ada sesiapa yang menahan kereta kita. Itulah bandaraya Madinah di mana pelaksanaan Hukuman Hudud dijalankan. Terang lagi nyata untuk menjamin keselamatan manusia.  Alhamdulillah fasa mengangkut beres.

Maka bermulalah episod membasuh bilik air, mengemop lantai, mencuci dapur bla bla.. Buat satu-satu, mungkin dalam seminggu ni baru betul-betul clear rumah baru kami ni.