Alhamdulillah, beberapa minggu lepas saya menjalani antenatal check-up buat kali ketiganya. Kali ni siap dengan booking (buat fail merah untuk sepanjang antenatal check-up) . Segala puji bagi Allah juga fetus membesar corresponding  to date. Maka EDD (estimated due date) ikut kalender LNMP (last normal menstrual period) iaitu pada 1 Jun 2009.

Our beloved first baby, The Servant of Allah, 14 weeks

Our beloved first baby, The Servant of Allah, 14 weeks

Mata saya bergenang dengan air mata tanda syukur apabila teruja pertama kali menatap anak sulung dengan jelas pertama kali. Kelihatan jantungnya berdegup sihat, nampak fetal echo dengan jelas (nampak kepala, spine, your cute little finger my dear child, kaki, ur tummy, ahh so amazing mashaAllah ). Saya sungguh terpegun dengan ciptaan Yang Maha Bekuasa. Dr. Safa’, wanita Arab yang sangat mesra dari Mesir, pakar O&G berkata, “Ucaplah la hawla wa la quwwata illa billah”. Sejuk hati ada doktor seperti itu. Ini menjadi contoh untuk saya praktikkan di tanahair nanti.

Hati berbunga riang luar biasa. Ini satu keajaiban. Saya seolah tidak percaya ada satu ciptaan Allah sedang hidup dan membesar dalam uterus saya.  Setelah selesai pemeriksaan, saya lantas keluar dari bilik Dr. Safa’ mencari suami tercinta. Suami melihat gambar transabdominal sonography dengan wajah bercahaya dan matanya berkaca-kaca tanda syukur dan riang.

Wahai anak, semoga menjadi pejuang agama satu hari nanti..semoga kamu dan keturunan kamu seterusnya akan menakhluk kembali tanah Al-Quds…

SURAH ALI-IMRAN AYAT 38

رَبِّ هَبْ لِى مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَآءِ

At that time Zakariyya invoked his Lord, saying: “O my Lord! Grant me from You, a good offspring. You are indeed the All-Hearer of invocation.”

Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan”.

Nur Izah Ab. Razak

16 Zulhijjah 1429@14 December 2008

Madinah Al-Munawwarah.