Alhamdulillah, dengan kuasa Allah, saya dah berjaya mencapai target 5 tahun terdahulu.

(ada byk juga goal yang tak ditarget untuk 5 tahun sebelum ni tapi syukur Allah bagi lebih awal)

Sekarang dengan tekad yang penuh, saya mahu mencapai beberapa ‘goal’ lagi untuk 5 tahun mendatang

1) Bersedia untuk meninggal dunia.

2) Berjaya menyusukan (breastfeed) semua anak sampai ke umur 2 tahun, dan exclusive breastfeed hingga 6 bulan.

3) Berjaya mendidik anak pertama dan seterusnya hafaz 30 juzuk Al-Quran sebelum masuk sekolah rendah.

4) Berjaya mendidik anak-anak mengenal huruf Al-Quran dan abjad rumi sekurang-kurang sebelum mencecah usia 2 tahun.

3) Berjaya menempatkan diri dalam pengajian speciality, sekurang-kurangnya dalam tahun 2 pengajian.

4) Menguasai bahasa Mandarin, Kantonis dah bahasa Arab.

5) Terlibat dengan NGO/pasukan perubatan dan kemanusiaan ke negara-negara (dalam dan luar negara) sedang dilanda krisis.

6) Merancang pembinaan rumah anak yatim/ orang tua yang sistematik.

7) Memiliki simpanan/ aset / aset cair sekurang-kurangnya RM100, 000. (kalau ikut saifulnang mungkin target ni rendah, kerana saifulnang memiliki aset cair RM1 juta sebelum 27 tahun!!)

Semoga Allah memudahkan dan memakbulkan cita-citaku ini.

SURAH ALI-IMRAN AYAT 38

رَبِّ هَبْ لِى مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَآءِ

At that time Zakariyya invoked his Lord, saying: “O my Lord! Grant me from You, a good offspring. You are indeed the All-Hearer of invocation.”

Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan”.

Nur Izah Ab. Razak

21 Zulhijjah 1429@19 December 2008

Madinah Al-Munawwarah.