IJN

IJN

IJN (Institut Jantung Negara) merupakan sebuah pusat rujukan bagi kes-kes yang melibatkan masalah cardiology yang terkemuka di tanahair. Dulu sewaktu saya menjadi houseman, kami adalah manusia yang akan menulis surat2 rujukan pesakit kepada klinik kesihatan, klinik ibu dan anak, hospital kerajaan, hospital swasta, majikan pesakit etc tetapi TIDAK kepada IJN. Surat kepada IJN akan ditulis secara eksklusif oleh bos kami iaitu (medical officer). Kenapa terlalu tinggi sangat ke darjat IJN ni?

Saya teringat kembali sewaktu oncall di Medical Department, saya ditugaskan untuk menghantar pesakit ke IJN menaiki ambulan dari Hospital Seremban ke IJN, saya dapati IJN merupakan satu hospital yang sangat cekap mengendalikan pesakit. Dalam masa beberapa minit sahaja konsultan telah tiba di tempat pesakit yang saya hantar.

Pesakit  tersebut bekerja sebagai buruh kasar, berbangsa India yang diserang sakit jantung yang sangat acute di samping beberapa penyakit kronik yang lain yang memerlukan dia dihantar ke IJN. Dia tidak perlu membawa sejumlah wang yang besar untuk dimasukkan ke IJN ketika itu. Tetapi itu berlaku kerana IJN belum diswastakan lagi!! Apakah boleh lagi seorang buruh kasar mendapat rawatan seoptimumnya di IJN jika kabinet meluluskan agenda penswastaan IJN? bukan shaja buruh, malah saya yakin seorang kakitangan di sektor awam pun takkan mampu untuk mendapat rawatan di sana jika tidak dilindungi dengan sistem insurans.

Saya berasa sangat sedih tatkala mendengar berita ini. Bagi saya, ini adalah berita pedih lagi mengerikan. Walaupun jika saya berjaya menempatkan diri berkhidmat di IJN tatkala ia diswastakan akan menyebabkan golongan staff IJN mejadi ‘senang’. Tapi itu bukan yang saya mahu. Menjadi kaya dengan menindas orang lain. Saya yakin sahabat-sahabat di IJN pun akan berpendapat sedemikian.

Mengapa saya menjadi begitu pedih? Kerana terlalu ramai lagi pesakit di Malaysia yang tidak mampu membiayai kos perubatan mereka di hospital swasta. Ada satu berita yang saya terima dari staff nurse di hospital awam A, saudaranya mengalami kemalangan dan memerlukan rawatan segera lalu dihantar ke sebuah hospital swasta B, hospital swasta B menolak untuk memberikan rawatan kepada pesakit itu kerana dia tidak mampu untuk membayar wang pendahuluan dan tidak dilindungi insuran perubatan. Sistem apakah ini yang begitu zalim???

Di Perancis, sebuah negara maju yang mempunyai sistem kesihatan antara yang terbaik di dunia masih menawarkan khidmat kesihatan percuma kepada rakyatnya malah kepada warga asing. Malah saya turut terpegun dengan Perancis kerana mereka menawarkan khidmat doktor ke rumah secara percuma dan hanya perlu mendail telefon untuk mendapatkan khidmat tersebut (khidmat ini dipanggil ‘housecall’). Apa yang lagi menarik, kerajaan Perancis turut menyediakan khidmat pembantu rumah / pekerja sosial untuk membantu ibu yang kali pertama melahirkan anak ( kat Arab Saudi ada ke? heheh) di rumah mereka. Government ‘maid’ ini boleh membantu untuk memasak, mencuci pakaian malah mengemas rumah!! ( hai tunggu kucing bertanduk ke baru Malaysia mahu mencontohi perancis dalam sektor ini?)

Ironinya di Amerika Syarikat yang selalu mengwar-warkan hak kemanusiaan sesungguhnya ketinggalan jauh ke belakang Perancis. Setiap orang yang mahukan khidmat perubatan WAJIB mempunyai polisi insuran perubatan. Jika tidak, tiada khidmat perubatan untuk mereka. Jutaan rakyat Amerika tertindas kerana polisi zalim ini. Ramai pesakit yang mati kerana dinafikan hak untuk berubat kerana mereka tiada wang!!

sicko

sicko

Saya sangat tersentuh dengan masalah penswastaan hospital ini sudah lama. Dan perasaan itu dikuatkan lagi setelah saya menyaksikan sebuah filem dokumentari Amerika yang bertajuk ‘SICKO’ arahan Michael Moore yang mendedahkan tentang sistem kesihatan yang menindas di Amerika Syarikat. (ambil yang signifikan sahaja dari filem ini)

Maaf, saya tak percaya jika dikatakan penswastaan itu boleh meningkatkan kualiti perkhidmatan. Adakah pembaca merasakan khidmat syarikat2 bekas kerajaan yang diswastakan menjadi lebih baik dan terlalu berkualiti setelah diswastakan? Kesihatan rakyat adalah tanggungjawab kerajaan dan ia hak rakyat.

Wahai pak menteri, anda orang-orang kaya, mampu untuk membayar kos perubatan yang mahal. Tapi bagaimana dengan saudara-mara saya di kampung, yang masih bergantung hidup dengan menoreh getah? Sedangkan saya ini pun masih berkira-kira untuk memiliki insuran perubatan (medical card). Apatah lagi ibu tunggal, orang tua-tua yang miskin, petani, nelayan, buruh kasar, malah pesara kerajaan, guru, tentera, polis pun tidak akan mampu!!

Saya menulis bukan atas stand politik tapi atas stand sebagai seorang manusia yang rindukan keadilan. Apakah Malaysia tanahairku turut ingin menindas hak kesihatan rakyat?

p/s: Lagi satu cardiac centre yang dijadikan rujukan seluruh negara ialah Hospital Serdang, saya sangat yakin Serdang tak dapat menampung semua kes2 cardiac di seluruh negara!!!

SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ

“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

Dr. Nur Izah Ab. Razak

22 Zulhijjah 1429@20 December 2008

Madinah Al-Munawwarah.