VERSI UTUSAN MALAYSIA

DAP bantah rancangan Pas laksana hudud

22/12/2008 3:25pm

PULAU PINANG 22 Dis. – DAP hari ini membantah cadangan Pas untuk melaksanakan hukum hudud jika pakatan pembangkang berjaya memerintah negara pada masa akan datang.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pelaksanaan hukum hudud tidak termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum Mac lepas.

“DAP tidak bersetuju dan membantah cadangan itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang akan menghubungi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu.

Akhbar hari ini melaporkan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, parti itu tidak pernah melupakan dasar perjuangan untuk menegakkan pemerintahan Islam di negara ini termasuk melaksanakan hukum hudud. – BERNAMA.

VERSI MALAYSIAKINI

DAP bantah hasrat laksana hudud PAS
Dec 22, 08 4:43pm
DAP membantah hasrat PAS untuk menjalankan hudud sekiranya berjaya menguasai kerajaan persekutuan seperti ditegaskan naib presidennya Datuk Husam Musa.

“Hukum hudud bukan dasar Pakatan Rakyat dan tiba giliran Husam menjelaskan apa yang dimaksudkannya,” kata tokoh popular parti Lim Kit Siang hari ini.

Beliau mengulas kenyataan ahli politik Kelantan itu sewaktu berdebat dengan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin seperti dilaporkan semalam.

“Jika gagal dijelaskan, kenyataan Husam boleh menimbulkan rasa tidak senang, serba salah dan bantahan bukan sahaja di kalangan 11 peratus pengundi Cina di pilihanraya kecil Kuala Terengganu, tetapi juga kepada semua pengundi di seluruh Malaysia,” kata Lim lagi.

DAP, tambahnya dalam satu kenyataan, terus dengan pendiriannya untuk mempertahankan wajah sekular bangsa dan negara Malaysia seperti dipersetujui dalam kontrak sosial oleh pengasas kemerdekaan negara 51 tahun lalu.

lim guan eng and penangSetiausaha agungnya Lim Guan Eng berkata pelaksanaan hukum hudud tidak termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum, Mac lepas.

“DAP tidak bersetuju an membantah cadangan itu,” katanya hari ini, lapor Bernama.

Ketua menteri Pulau Pinang berkata beliau akan menghubungi ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu.

Husam dilaporkan berkata PAS tidak pernah melupakan dasar perjuangannya untuk menegakkan pemerintahan Islam di negara ini termasuk melaksanakan hukum hudud.

Pengerusi perhubungan PKR Pulau Pinang Datuk Zahrain Mohamed Hashim pula berkata jika PAS ingin melaksanakan hudud, ia perlu merujuk pandangan Pakatan Rakyat.

“PAS perlu merujuk kepada semua parti komponen yang berada di bawah Pakatan Rakyat.

“Tak eloklah sekiranya mereka membuat keputusan sendiri,” beliau dipetik sebagai berkata.

Tambahnya, kenyataan Husam itu berkemungkinan hanya pendapat peribadi beliau dan bukannya pendirian PAS.

p/s: kita tunggu response PAS dan DSAI

SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ

“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

Nur Izah Ab. Razak

24 Zulhijjah 1429@24 December 2008

Madinah Al-Munawwarah.