Ini blog menghina Nabi Muhammad,
http://adibahahmad.blogspot.com/

Tapi sekarang dah didelete, pemilik blog terus jumpa Menteri Penerangan, latest news 5.44pm today di Utusan,

Wanita laman blog hina Nabi jumpa Shabery

27/12/2008 5:44pm

KEMAMAN 27 Dis. — Wanita yang gambar serta identitinya digunakan dalam sebuah laman blog yang artikelnya menghina Nabi Muhammad S.A.W, mendakwa laman blog tersebut bukan miliknya sebaliknya disalahgunakan pihak lain yang tidak diketahui motifnya.

Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, wanita berkenaan membuat pengakuan tersebut dalam pertemuannya dengan beliau dua minggu lepas dan meminta RTM menyiarkan tentang perkara tersebut untuk membersihkan namanya.

“Wanita itu yang berusia dalam lingkungan 20-an ada berjumpa dengan saya untuk meminta pertolongan bagi membersihkan nama serta identitinya yang digunakan dalam sebuah laman blog menghina Nabi Muhammad S.A.W,” katanya kepada pemberita di majlis perasmian Nur Sejahtera peringkat Parlimen Kemaman di sini hari ini.

“Dia memohon bantuan RTM supaya menghebahkan perkara itu kerana laman blog yang turut mengandungi mesej serta ucapan Deepavali berbaur penghinaan terhadap penganut agama Hindu itu bukan dilakukan oleh dirinya dan telah menjejaskan nama baik dirinya serta syarikat tempat dia bekerja.

“Saya telah minta RTM muat cerita itu untuk mengingatkan orang ramai yang menerima kad ucapan dari laman blog itu supaya berhati-hati dan membuat laporan polis,” katanya. – Bernama

p/s: mungkinkah akan wujud adibah kedua, adibah ketiga dan seterusnya. Semoga Allah pelihara Islam..

SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ

“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

Nur Izah Ab. Razak

29 Zulhijjah 1429@27 December 2008

Madinah Al-Munawwarah.