Selalu terkenang makanan kat Malaysia. Satu hari saya sms mak long (dah bermastautin di Madinah > 30 tahun),

“Mak long, mana boleh beli betik dan mangga muda?”

“Ada kat hyber(hyper) panda, mengidam masam ke, ada lagi buah sedap, nanti pak long belikan hantarkan izzah?”

“Hehe, saya ni mengandung ke tak mengandung ke memang suka teringat makanan kat Malaysia, memang saya suka makan…takpe mak long, nanti susahkan mak long dan pak long pula, terima kasih mak long”

Itulah mak long. Asal orang Kedah. Dulu belajar di Maktab Mahmud. Antara orang Malaysia yang paling lama tinggal di Madinah. Sangat mesra dan baik orangnya. Tiap-tiap kali raya, rumah mak long n pak long lah jadi tumpuan pelajar Malaysia di sini. Selalu masak masakan Malaysia yang sedap-sedap. Terubat juga rindu pada tanahair.

Maka 3 hari lepas, saya n suami pun pergi ke hyper panda. Asalnya nak beli barang nak masak untuk Ustazah Zohrin dan kawan-kawan mak keramat. Alang-alang menyeluk pekasam, saya cari sekali betik dan mangga muda. Wahhhh, mahalnya harga!!! Terkedu tengok harga sekilo mangga menghampiri SR30. Dan harga betik muda (naseb baik ada, tinggal sebiji je yang muda, lain-lain dah jadi kuning) saya SR15. Kalau kat rumah ni, berlambak mangga kat depan rumah je, pastu betik harga dia berapa ringgit je sebiji. Itulah, dulu buat dunno je ngan mangga yang berlambak tu..padan muka…hheheeh.

Mangga ni sebenarnya saya beli setelah terliur tengok resipi jeruk mangga kat myresepi. Hai kecur air liur. Lepas tu tertengok pula gulai betik muda kat site yang sama. Gulai betik muda @ rendang betik ni memang masakan asal negeri sembilan. Peberet kami sekeluarga. Sedaaaaaap…Dulu nenek masak gulai ni, nenek kukur dulu kelapa then buat santan. Mak pula kalau buat gulai ni, beli santan terus. Saya pulak hari ni, guna terus serbuk santan. Evolusi memasak dalam 3 generasi..heheheh

mak, nenek, dan saya

mak, nenek, dan saya

Maka hari ni, saya dan suami makan lah gulai betik @ rendang betik ni dengan suka hati. Tak sangka pula suami pun suka siap minta bertambah-tambah lauk tu..Misi berjaya..huhu..

So mangga yang dibeli hari tu dah siap proses, tinggal lagi satu hari nak peram dengan air gula. Tapi tak sempat nak peram rasanya ni, sebab Ustaz Fawwaz dah ngap-ngap dengan penuh selera  jeruk saya ni…hehheehe.

Nanti gambar gulai betik muda dan jeruk mangga akan diupload kemudian…

p/s: best lak rasa sini beti dan mangga muda boleh didapati (tapi tengok rezeki juga, kadang-kadang ada)..terubat la juga rindu kat makanan kat Malaysia. Selamat tahun baru hijri 1430 pada semua..

SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ

“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

Nur Izah Ab. Razak

29 Zulhijjah 1429@27 December 2008

Madinah Al-Munawwarah.