Bayangkan kalau kita hendak ke baqalah (kedai runcit) kat depan rumah kita ni kene tunjuk surat permit dulu baru boleh pergi, kalau tak lantaklah kita akan kelaparan ke, sakit gastritis sampai ada ulcer then berlubang pecah ke perut tu. Atau bayangkan orang Malaysia yang tinggal Taman Keramat nak pergi solat di Masjid al-Ansar tapi tak dibenarkan oleh askar pendatang haram dari Nepal atau Vietnam (contoh)  sebab tak ada permit. Atau mari bayangkan diri anda (atau isteri anda) yang sedang mengerang kesakitan sebab nak bersalin, di waktu bukaan os (pintu rahim) dah 10 cm or fully dilated tapi ditahan berjam-jam atas ambulan buruk yang tak ada kelengkapan lengkap bersalin, tapi tak dibenarkan pergi hospital untuk melahirkan permata hati anda. Ini dunia gila!!!! Ini bukan dunia manusia!!!!!!!!

Tapi itulah yang menjadi darah daging kehidupan warga Palestine. Rumah mereka adalah dalam daerah penjara. Kagum bagaimana mereka ini boleh bertahan dalam suasana gila itu. Apakah corak rantaian asid amino dalam DNA orang Palestine ini yang menyebabkan mereka begitu kebal dan bertahan sampai hari ini?

Salah satu dokumentari di bawah menceritakan perit jerih seorang wanita yang hamil anak kembar. Dia dalam keadaan genting untk melahirkan kembar, dihantar menggunakan ambulan buruk untuk ke hospital. Ambulan itu ditahan beberapa jam oleh askar Israel yang gila tanpa sebab rasional (nak rasional apa pun? Org nak bersalin kes emergency!!)Akhirnya wanita itu melahirkan kembar pertama dalam ambulan yang sedang ditahan itu. Namun, tiada oksigen di dalam ambulan untuk bayi, bayi berubah jadi sangat biru (severe cyanosed) dan akhirnya meninggal dunia di atas ambulan itu juga. Setelah beberapa lama, baru lah ambulan dibenarkan bergerak ke hospital, namun bayi kedua yang dilahirkan turut meninggal akibat lemas. Ya Tuhan..(tak ada perkataan dah yang mampu saya ucapkan)

Dan baru lagi berlaku ni, Yahudi telah menyiram bom-bomnya ke tanah Ghazzah sesuka hati seakan -akan menyiram racun pesticide ke sayuran. Maka bertaburlah orang palestine yang terbunuh di tanah Ghazzah..Alasan membunuh kanak-kanak dan orang awam itu kerana Israel takut kanak-kanak dan orang awam ini akan menyerang mereka. Kegilaan melampau apakah ini? Sedangkan orang Israel pun berkata, apa yang mereka (orang awam palestine) boleh lakukan terhadap Israel, orang Palestine ini ibarat lalat..

Mari saksikan dokumentari mencarik jiwa ini supaya mungkin kita boleh sedikit tersedar lepas ni..

Link kepada dokumentari-dokumentari yang saya sebutkan pada awalnya. (credit to Peminat Keretapi yang memberi rujukan link dokumentari ini di ruang komentar “Belfast Tidak Pernah Melupakan Palestine” di SaifulIslam.com)

Occupation 101

Palestine is still the issue

People and the land

This documentary’s write-up is here:- http://www.adc.org/thelink.pdf

p/s: Anakku yang di dalam uterus ini, mungkin mama tak mampu untuk menguasai tanah palestine itu, tapi mama yakin kamu dan keturunan kamu akan berjaya merampasnya..

SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ

“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

Nur Izah Ab. Razak

2 Muharram 1430@29 December 2008

Madinah Al-Munawwarah.