Gerakan pertama kali bayi dalam kandungan (quickening) selalunya berada dalam julat 16 weeks-20 weeks usia kandungan. Ada juga yang lebih awal dan lebih lewat.

Semenjak 3-4 hari ni, kehidupan saya memang betul-betul pack. Banyak pengajaran yang boleh diambil selama beberapa hari ini untuk dijadikan panduan hidup. Bersyukur pada Allah. Sampaikan saya tak sedar bila waktu sebenarnya bayi saya mula bergerak dalam uterus. Saya terlupa tentang kesihatan diri dan sampaikan anak saya bergerak pun saya tak sedar, kerana terlalu memikirkan kesihatan orang lain. Dah beberapa hari saya terlupa makan supplement kerana terlalu memikirkan untuk beri ubat pada orang lain.

Sampai anak mama ni bergerak berkali-kali baru mama sedar, maafkan mama sayang. Anak mama pertama kali gerak-gerak berenang dalam amniotic fluid ketika umur kamu 18 weeks 4 days usia dalam uterus..tahniah anakku. Dan my symphisiofundal height nak capai ke paras umbilicus tak lama lagi. MashaAllah, segala puji bagi Allah dengan perkembangan ini..

Memang benarlah, tiada istilah cuti untuk doktor sampai ke akhir hayat!!

SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ

“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

Nur Izah Ab. Razak

5 Muharram 1430@ 1 Jan 2009

Madinah Al-Munawwarah.