Tablet Calcium, kapsul Omega 3, tablet vitamin C, tablet vitamin B complex, tablet acid folic, my daily supplement regime, tablet iron

Ikut pusingan jam: Tablet Calcium, kapsul Omega 3, tablet vitamin C, tablet vitamin B complex, tablet acid folic, my daily supplement regime, tablet iron

Dulu-dulu masa belajar kat medical school, teringat saya n sorang member ni excited nak makan acid folic. Untuk persediaan dapat anak. Padahal nak kawennya lambat lagi, memang lawak betul masa tu. Kami ni buat muka selamba je minta lecturer kami  ‘prescribe’kan acid folic dan vitamin B co. Baru-baru ni saya dapat berita member saya ni dah lahirkan baby, dia antara batch kami yang terawal dapat baby. Congrat..Doa untuk semua yang dah dapat baby,

Barakallahu lak fil mauhubi lak, wa syakartal wahib, wa balagha asyuddah, wa ruziqta birrah

(Semoga Allah memberkati kamu dengan kelahiran anak ini dan kamu mensyukuri Pemberinya, semoga dia dipelihara hingga dewasa dan kamu mendapat layanan yang baik daripada anak ini)

Maka sebelum terbang ke sini, sementelah pula dah kawen masa tu, saya minta member sekerja prescribe kan segala supplement untuk ibu mengandung. Dalam hati berdoa, semoga saya hamil di Madinah nanti. Beriya-iya saya membungkus segala supplement ni untuk beberapa bulan. Takut juga kene rampas masa kat airport, namun kuasa Allah melebihi segalanya, semua barang selamat tanpa diusik pun.

Maka hari-hari saya dipenuhi dengan sesi menelan acid folic dulu. Dah mula makan acid folic selama sebulan pertama. Namun rezeki nak hamil masih belum kunjung tiba. Rasa macam nak ambil clomid pula (ish ish, konon nak banyakkan pengeluaran ovum). Namun awas, saya perlu menjalani ujian darah ntuk hormon dulu, buat ultrasound scan dulu tengok keadaan ovari, baru boleh mula clomid kalau betul-betul perlu. Masuk bulan kedua, segala puji bagi Allah yang mengurniakan kami suami isteri sebuah zigot yang kini membesar menjadi fetus yang dah nak masuk 20 minggu tak lama lagi.

Maka di sini saya hanya membeli tablet calcium atas nasihat Dr Safa, Obstetrician saya yang amat baik. Selain tu dah siap-siap bawa dari Malaysia, jimat duit ustaz Fawwaz..hehehe..Ish ish kerana nak bagi kamu sihat, pintar lagi soleh wahai anakku, mama sanggup telan berbiji-biji supplement every single day. Kat Malaysia jarang saya prescribe calcium ni, cuma minta pesakit saya minum susu, makan keju dll. Agaknya tu yang orang Arab ni tulang dia keras-keras (hehhe, baba yang kata).

Kurma Nabi(warna hitam), almond, kismis, kacang pistachio dua bungkus.

Selain tu, kebetulan sejak baba uruskan muzawwir sewaktu musim haji ni, baba selalu bawa balik kurma Nabi (ni nak masuk 4 bungkus diberi, ni kurma yang ditanam di madinah), kacang pistachio aka kacang cerdik (dulu2 mak ayah  suka belikan kacang ni selain kismis untuk kami adik-beradik supaya jadi pandai,hehehe), kismis, kacang gajus, kacang almond. Semua baba dapat free pemilik ladang kurma hadiahkan. Semoga pemilik ladang kurma tu diberkati Allah dah dimurahkan rezeki. Kalau nak dikira dah beratus-ratus riyal duit baba habis belikan semua ni.

Syukur dengan rezeki yang melimpah-ruah Allah kurniakan.

Dan supplement lain yang sangat-sangat penting ialah membaca Al-Quran dan berdoa seperti yang digariskan dalam Islam.

Jadi pengajarannya, mulakan ambil acid folic jika merancang ingin hamil seawal mungkin, jangan biarkan diri kita dah hamil 3, 4 bulan baru nak pergi cek kehamilan, sebab trimester pertama adalah waktu yang sangat-sangat penting untuk pengambilan supplement kerana tumbesaran saraf dan otak bayi berkembang pesat ketika itu. Janganlah berlaku zalim pada permata hati kita yang akan menjadi harta kita sewaktu kita sudah kembali pada Allah kelak.

Elakkan pengambilan ubat-ubatan tanpa nasihat doktor terutama pada trimester pertama kecuali atas nasihat doktor.

SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ

“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

Nur Izah Ab. Razak

6 Muharram 1430@ 2 Jan 2009

Madinah Al-Munawwarah.