Saya dah refer case seorang patient ni kepada doktor pakar. Syukur kes diterima dan dipersetujui untuk dirawat. Padahal hospital ini menyediakan peruntukan rawatan untuk jemaah haji. Maka, setelah rawatan pertama, kedua diberikan, pesakit dan suami perlu datang ke hospital untuk rawatan susulan. Janganlah ambil mudah dengan temujanji susulan bersama doktor pakar yang sudi meluangkan masa dan memberi ubat yang mahal secara percuma!!!!! Anda tahukah jika rawatan yang sama diberikan di hospital tempatan akan memakan duit ribuan riyal?

Jika temujanji jam 7 pagi, pergilah ke pusat rawatan sebelum itu lagi. Jika rawatan memerlukan 2 kali sekali untuk ke klinik, pergilah dua kali sehari. Jangan ikut kefahaman diri sendiri yang tak mahu mendengar nasihat orang lain. Jika orang lain boleh berdisiplin dan ambil berat tentang anda dan keluarga, jangan anda pula berlepas tangan.

Saya kesal dengan sikap orang seperti ini. Jangan kerana orang sebegini memberi persepsi yang tidak baik kepada sejumlah kita yang tinggal di sini. Tolong jangan rosakkan kredibiliti dan imej orang lain kerana sikap tidak baik yang anda miliki!!!

Berdisiplin dan menepati janji kan akhlak Islam. Jangan sebab nila setitik rosak susu sebelanga..

p/s: pesanan ini juga untuk sebilangan pesakit dan keluarga mereka di Malaysia juga yang suka mengambil mudah nasihat dan temujanji dengan doktor, bukan untuk kesihatan orang lain tapi kesihatan diri sendiri, jangan bazirkan tenaga dan  masa kami kerana sikap anda..

SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ

“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

Nur Izah Ab. Razak

7 Muharram 1430@ 3 Jan 2009

Madinah Al-Munawwarah.