Mak keramat bagitahu ada kirimkan sebuah beg seberat 16kg kepada Ustazah Zohrin (mom’s best friend). Mak kirim berkotak-kotak air kacang soya, bijian kacang soya, kuah rojak buah, penapis kacang soya bla bla bla..Gembira yang amat terima beg tu setelah suami mengambilnya di Makkah tempoh hari. Terima kasih berjuta-juta lemon pada ustazah dan abg Nuar yang telah bersusah payah mengangkut beg itu hingga selamat sampai kepada kami. Hari tu isteri abg Nuar ada demam selsema sikit, harap-harap dah sampai ke Malaysia sembuhlah inshaAllah. Terima kasih tak terhingga pada mak dan keluarga di Malaysia yang susah payah belikan barang-barang ni, bungkus dengan rapi dan tambah mengharukan mak siap jahitkan penapis kacang soya ni. I love U mak..heehheh

Abg Nuar tunjukkan kakinya yang mengelupas, hehe, sebelahnya isteri dan kawan2 mak yang lain

Abg Nuar tunjukkan kakinya yang mengelupas, hehe, sebelahnya isteri dan kawan2 mak yang lain

Minggu lepas, Ustazah Zohrin dan kawan-kawan mak yang lain termasuk abg Nuar  yang happy go lucky telah menziarahi kami sekeluarga. Gamat, riuh rendah jadinya rumah ni pada hari tu. Rasa happy sangat dapat jumpa orang Malaysia di sini. Terima kasih kepada ustazah yang memberi duit, isk isk macam dapat duit raya plak..huhu(nanti saya masukkan dalam tabung baby, hehehe).

ustazah zohrin (tudung n jubah hitam) bersama kawan-kawan lain

ustazah zohrin (tudung n jubah hitam) bersama kawan-kawan lain

Dapat msg ym dari Dr. Fathi bagitahu Dr. Farah nak datang haji juga. Sekali belum sempat nak hubungi Farah, dia dah bagi msg dulu thru my friendster. Terima kasih pada Farah dan keluarga yang sudi menziarahi kami. Nanti nak ambil SLAB bagitahulah ya..eheheh (ish, nak jadi lecturer ke pulak aku ni). Terima kasih dengan hadiah yang Farah bagi, terharu rasa..see you in Malaysia.

Dr Farah (jubah ungu) sekeluarga

Dr Farah (jubah ungu) sekeluarga

Malam tadi, cikgu Faridah Dewa, guru sekolah rendah saya dulu pun turut berkunjung ke rumah bersama suaminya. Cikgu Faridah adalah cikgu paling best yang pernah mengajar saya ketika sekolah rendah. Beliau telah mendidik saya di sekolah rendah dulu. Yang membuatkan saya selalu ingin belajar dan score dalam peperiksaan kerana cikgu Faridah akan menyediakan hadiah dan piala kepada sesiapa yang dapat kedudukan terbaik dalam kelas walaupun peperiksaan itu bukan peperiksaan akhir tahun. Saya masih menyimpan semua piala dan hadiah pemberian cikgu dengan rapi di dalam bilik di tanahair. Sebelum ke sini tempoh hari, cikgu adalah orang pertama yang menghadiahkan baju wanita hamil kepada saya. Oh sungguh mengharukan. Hubungan kami cukup rapat, malah kami sentiasa berhubung walaupun telah berbelas tahun saya meninggalkan sekolah rendah. Terima kasih cikgu, jasamu terlalu banyak untuk saya balas.  Teringat lagi ketika saya bertugas di hospital dulu, cikgu membelikan saya setin biskut untuk buah tangan kepada saya. Habis biskut tu dimakan oleh staf-staf yang sedang kelaparan di wad,hahaha.  Semalam, cikgu menghadiahkan lagi saya sepasang  pijama yang cantik berwarna coklat. Terima kasih cikgu, namamu akan sentiasa terpahat di hatiku..

My hubby, suami dan Cikgu Faridah

My hubby, suami dan Cikgu Faridah

SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ

“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

Nur Izah Ab. Razak

7 Muharram 1430@ 3 Jan 2009

Madinah Al-Munawwarah.