Baru tadi ni saya baru balik dari rumah Ummu Maryam. Abu Maryam call suami kerana risau kesihatan Maryam hari ini. Nafas Maryam berbunyi, tidak seperti nafasnya yang biasa-biasa. Maka pada saya dan suami bergegas ke rumah Ummu Maryam untuk memeriksa keadaan Maryam.

Rumah Maryam terletak hampir dengan Masjid Qiblatain. Hampir juga dengan Universiti Islam Madinah. Malam itu keadaan sekitar masjid tenang dan lengang. Sebaik sampai ke rumahnya, Ummu Maryam menyambut ketibaan saya dengan mesra. Kelihatan Maryam yang berumur 8 bulan sedang duduk di sebelah kusyen ala arab, kelihatan riang bermain dengan permainannya. Tiada bunyi pernafasan yang kuat didengar. Kata Ummu Maryam,

Baru ni tadi pernafasan Maryam reda sikit kak, kalau tak tadi berbunyi kuat

Setelah Maryam selesai menyusu susu ibunya, saya lantas mencapai stateskop untuk mendengar kedua-dua belah lung field Maryam. Alhamdulillah, ternyata paru-parunya sihat, tiada kedengaran sebarang wheezing atau bunyi yang tidak normal. Suhu badan Maryam pun baik, 37 darjah celcius. Tiada kedengaran batuk atau selsema. Maryam ternyata kelihatan lebih berisi dan dan ceria. Gembira saya melihatnya. Beberapa bulan dahulu Ummu Maryam ada menghubungi saya kerana anaknya demam panas. Lantas setelah pemeriksaan dibuat, saya mem’prescribe’ beberapa ubat untuk Maryam. Dan yang menggembirakan, Ummu Maryam sekarang sentiasa bersedia dengan termometer beserta ubat di rumah jika demam panas anaknya menyerang kembali. Maryam pun dah menjalani beberapa siri suntikan immunisasi setelah mendengar panjang lebar ceramah saya..eheheheh. Selera makan Maryam bertambah nampaknya, alhamdulillah.

Sekarang Ummu Maryam dah mula mengikuti pengajian Bahasa Arab di sebuah sekolah swasta di mana dulunya Ummu Tasneem, Puteh dan Ummu Aqeel belajar. Tidak lama lagi giliran saya pula, sementelah pula alahan mengandung dah hilang, saya jadi semakin kuat..

The hyper little pharmacy

The hyper little pharmacy

Syabas kepada Ummu Maryam dan Abu Maryam yang peka dengan kesihatan keluarga. Semoga Allah menyembuhkan Maryam, dan Maryam membesar dengan sihat, cergas dan jadi anak yang solehah. Dengarnya Ummu Maryam nak pasang internet tak lama lagi, bolehlah selalu berhubung dengan group Ummu di Madinah ni nanti..

p/s: tak sempat nak snap gambo maryam yang dah semakin berisi dan comel..

SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ

“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

Nur Izah Ab. Razak

8 Muharram 1430@ 4 Jan 2009

Madinah Al-Munawwarah.