Alhamdulillah, secara rasminya kilang minyak wangi saya dah ditutup untuk sesi haji kali ni. Sedih juga rasa musim haji nak berakhir. Kalau ikutkan, income packaging minyak wangi ni lagi banyak daripada saya buat locum kat klinik-klinik Malaysia. Aik, nak tinggalkan locum nak buka kilang minyak wangi ke??? hehehe..oh no…aaa..oh yes…oh no…both also can right? hehehhe

Musim haji kali ni meninggalkan seribu satu kenangan yang indah. Baru saya tahu bagaimana susahnya suami tercinta membanting tulang empat kerat  (aduuhhh, macam kerja sawah lak..heheh) untuk mencari rezeki bagi kami sekeluarga pada musim haji ni. Terima kasih cinta..

p/s: alhamdulillah tak pulak rasa mual bau minyak wangi ni, sebab bau dia mmg sedap. ada yang mau tempah inform me k..lagi pun minyak wangi ni ada sentimental value yang tinggi bagi memori indah kami..tu suka sangat ngn bau dia..harum..

SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ

“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

Nur Izah Ab. Razak

9 Muharram 1430@ 5 Jan 2009

Madinah Al-Munawwarah.