Terima kasih kepada Ummu Akmal yang telah mengajar teknik membuat karipap pusing yang paling sedap di Madinah dan siap buat praktikal lagi kat rumah tempoh hari secara percuma! Hehe, kalau buat kelas masakan kat Malaysia ni nescaya boleh buat bisnes..hehehe..Tapi gambar semua karipap tak ada dalam camera ni sebab semuanya telah selamat dimakan. Next time amik gambo..

buah daripada mak long

buah daripada mak long

Terima kasih banyak juga kepada Mak Long (zaujah Pak Long)di Madinah ni kerana memberikan saya buah yang tak pernah saya jumpa seumur hidup ini. Mak Long kata buah ni lagi sedap dari jeruk mangga muda..heheh. Saya tak ingat apa namanya. Berbentuk irregular dengan kulit luar berwarna kuning. Rasanya manis+masam+kelat dan tinggi dengan fiber.

Terima kasih mak long dan ummu akmal..semoga Allah memberkati anda sekeluarga..

SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ

“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

Nur Izah Ab. Razak

1o Muharram 1430@ 6 Jan 2009

Madinah Al-Munawwarah.