Saya rasa ini lah antara minoriti cerita yang diterbitkan di Malaysia yang bolehlah dikategorikan sebagai pro-Islamik. Lagu kat atas ni sedap, tapi tengok lirik dia macam melampau juga, ish ish, lagu pop arab mmg ginilah. Tapi kalau nak banding dengan cerita drama yang banyak merapu kat Malaysia, cerita ni lagi jauh bagus. Terbaca juga tentang perancangan nak menerbitkan filem Iskandar Zulkarnain, harap-harap sesuailah dengan tajuknya. Lain dengan negara jiran kita Indonesia, yang telah jauh ke depan. Terkini filem Sang Murabbi yang  saya memang nantikan untuk menontonnya. Satu lagi cerita yang saya nak tengok “Ketika Cinta Bertasbih”, cerita dalam novel memang best, malah lagi realistik dari “Ayat-Ayat Cinta”..

Teringat dulu waktu drama ni keluar, punyalah saya excited nak menengok cerita ni. Lepas balik dari solat terawih je siap-siap tunggu depan TV dengan mak punya tak sabar nak menontonnya. Rupanya cerita ni adalah cerita peberet golongan mak cik-mak cik di kawasan perumahan saya..hehe..

Kita ni memang excited nak tengok, seronok dapat lihat panorama Masjid Nabi, bandar Madinah. Lagipun mana tahu kot orang yang kita sayang ada lalu-lalang kat celah-celah tiang masjid ke pokok kurma ke…ahahahhahahaha

Oh sebenarnya memang adalah student madinah yang ditawar jadi pelakon, tapi atas sebab-sebab yang kukuh, maka taklah berlakon..heheh..anak sulung mak long nama As’ad berlakon, jadi adik wardina..

p/s:

1) dapat sms dari along (my elder sister from Malaysia), nama susu yang Adam (my handsome nephew) suka tu PEDIASURE

2) dapat ym dari adik (my younger brother from Cairo), usul kezaliman zionis ditolak oleh timbalan speaker dewan rakyat. Link as below, saya nak nonton link ni kejap, next posting maybe boleh cerita ttg ni,

http://mppas.wordpress.com/2008/11/27/pas-dukacita-usul-kezaliman-zionis-ditolak- timbalan-speaker-dewan-rakyat/

SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ

“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

Nur Izah Ab. Razak

11 Muharram 1430@ 7 Jan 2009

Madinah Al-Munawwarah.