Bos yang busy...

Bos yang busy...

Musim student-student sini bawa ziarah musim haji dengan kerjasama Tabung Haji Malaysia dah habis. Sekarang musim pembahagian gaji pula. Tengok suamiku membahagikan gaji ni teringat citer P.Ramlee, Ali Baba Bujang Lapok membahagi gaji pada staff dia dalam gua tu..hehee. Tapi takdela orang beratur panjang pun nak amik gaji ni.

envelope gaji..pak cik kayoo

envelope gaji..pak cik kayoo

Di sini, kerajaan Arab Saudi telah mengarahkan hotel-hotel yang berkenaan untuk mengaturkan ziarah tempat-tempat yang bersejarah or tempat yang menarik di sekitar Madinah Al-Munawwarah contohnya Masjid Quba’, Masjid Qiblatain, kebun kurma, pasar kurma, Bukit Uhud dll. Maka hotel-hotel ni akan memperuntukkan sejumlah gaji kepada muzawwir dan syarikat bas yang mengendalikan urusan ziarah yang telah diatur sebelumnya.

mini ofis bos

mini ofis bos, bos suka buat kerja kemas dan organised

p/s: thank you so much la sayang sebab sempat lagi nak melayan celoteh isterinya ni walaupun tengah sibuk uruskan muzawwir sepanjang musim haji ni..ehehe..

SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ

“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

Nur Izah Ab. Razak

11 Muharram 1430@ 7 Jan 2009

Madinah Al-Munawwarah.