Hobi saya  memasak. Bukannya sedap pun. Tapi nasib baik ada pelanggan tetap yang setia nak makan..heheheh..suamiku..

Dah lama berangan nak masak nasi kerabu. Dulu kat Malaysia bolehla minta mak keramat masakkan(rindunya masakan mak…) atau beli je kat mana-mana pasar malam, tapi sekarang..apakan daya semua kene buat sendiri. Maka semalam saya pun pergi la meronda-ronda hyperbanda nak beli barang2 nak buat nasi kerabu ni.

Tapi nasi kerabu ni kurang banyak bahan. Takde serai, budu, telur asin bla2…Tapi apo pun suamiku makan dngan penuh selera…tambah semangat sikit nak masak lagi lepas ni..

Resepi asal dari Yani Myresepi tapi dah diubahsuai ikut keadaan semasa

set nasi kerabu

set nasi kerabu

Nasi kerabu (6-8 orang dewasa)

nasi kerabu biru

nasi kerabu biru

Nasi

4 pot beras

1/5 s/b pewarna biru nasi kerabu (ni Ummu Tasneem yang bagi)

2-3 helai daun limau purut (saya tak letak)

1 batang serai (saya tak letak)

Garam (saya tak letak)

sambal kerabu

sambal kerabu

Sambal Tumis

20 biji lada kering

2 biji bawang sederhana besar

2 ulas bawang putih (saya tak letak)

2 cm halia

1 cm kunyit / 1 s/k serbuk kunyit (saya lupa letak..hehe)

1 1/2 paket serbuk santan, campurkan dengan air

2 batang serai (saya tak letak)

2 keping asam gelugor

2 s/b budu / 3 s/b sos ikan (saya tak letak)

garam dan gula

sambal ikan kerabu

sambal ikan kerabu

Sambal ikan

4 ekor ikan kembung

2 cawan kelapa kering

garam dan gula

sayur kerabu

sayur kerabu

Kerabu

Kobis

Timun

Kacang panjang

Aksesori

Lada solok (refer myresepi)

Ayam goreng

Keropok

Cara2

1) Nasi=Masak nasi macam biasa dan tambah pewarna

2) Sambal = Blend semua bahan campur dengan santan dan tumis dengan minyak hingga naik minyak

3) Sambal ikan = Bakar ikan (saya bakar dalam microwave, senang), sementara tu dalam kuali goreng kelapa kering tanpa minyak sampai warna perang, then siat2 isi ikan dan blend guna blend kering, gaulkan ikan dan kelapa tu sambil buka api kecil, campur garam dan gula. Kacau sampai sebati.

4) Sayur = hiris halus2 semua sayur tu letak dalam pinggan

5) Aksesori = goreng ayam dan keropok

Dah siap, ni betul2 simplify punya versi…ehehhehe

p/s: seronok n kelakar tengok suami punya excited nangkap gambo2 ni…hehehe..

SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ

“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

Nur Izah Ab. Razak

18 Muharram 1430@ 14 Jan 2009

Madinah Al-Munawwarah.