Gembira hati tak terkata, musim sekarang ni Raudhah tengah betul-betul lengang. Rasa nak bawa Adam berlari-lari kat Raudhah tu sambil ajar dia berdoa. Hari tu pandai Adam minta Mak Ngahnya doa,

Mak ngah doakan Adam supaya jadi besar ye…

Hai kelakar betul la si Adam ni. Terbayang-bayang dapat bawa satu famili Seremban n Keramat pegi Raudhah masa ni. Jangan risau Adam, Mak Ngah sentiasa doakan Adam menbesar jadi anak soleh yang pintar. Sekarang waktu visa ziarah tengah dibuka oleh kerajaan Saudi, makanya belum ramai lagi orang luar buat umrah. Kini Masjid Nabi ni penuh dengan penduduk Madinah dan Saudi je. Hampir 90% jemaah wanita berabaya hitam, adalah sebilangan orang malaysia kelihatan dengan telekung dan beg sandang umrahnya.

Sangat bahagia hati ini bila dapat peluang boleh sekerap mungkin ke Masjid Nabi. Tambahan pula suami sedang study week sekarang ni sebelum exam semester. Melihat budaya orang arab yang sering membawa anak beranak termasuk bayi yang masih kecil ke masjid nabi berbondong-bondong sungguh menenangkan. Tak timbul soal kanak-kanak akan mengganggu warga masjid. Malah anak-anak ini akan terbiasa dengan suasana tenang masjid lantas boleh mendidik mereka supaya cintakan solat, kasihkan masjid. Betapa bahagianya hati ini dapat bersama-sama dengan anak yang dikandung ini menyelami keajaiban berada di masjid nabi. Oh sungguh mendamaikan..

Kini raudhah dibuka setiap hari (hari-hari lain pun setiap hari) pada pukul 7 pagi hingga 10 pagi, selepas zohor hingga mnghampiri 3 petang dan selepas Isya’ hingga tengah malam. Memang lengang. Tak perlu beratur atau berasak-asak berebut ke sana. Sungguh selesa..

Jemaah perlu masuk menerusi pintu yang berhadapan dengan Oberoi Hotel, untuk ke raudhah. kita perlu berjalan kaki lebih kurang 50 meter sebelum sampai ke raudhah. Sewaktu sampai, saya berasa satu perasaan yang sangat berlainan dengan perasaan biasa. Inilah tempat di mana kaki Rasulullah pernah berpijak. Di sana makam Nabi. Pada watu itu seolah-olah saya sedang menemui nabi. bayangkan perasaan bahagia itu bagaimana. inilah dia Raudhah, salah satu daripada taman-taman syurga yang makbul jika berdoa di sana. Hati saya disapa dengan satu perasaan yang sangat damai diselang-seli dengan sayu hiba mngenangkan dosa-dosa yang telah saya lakukan. Titisan air mata itu tidak dapat dibendung lagi. Ya Allah ampunkan hambaMu ini. Saya turut hiba dengan keadaan umat Islam kini yang telah berpecah, berpuak dan keadaan lemah umat Islam yang sewenangnya boleh dipijak, bukan di Palestine sahaja tapi di mana-mana. Peluang itu saya guna seoptimumnya…

Rasa ingin saja terus duduk berbahagia yang amat di Raudhah seharian…

p/s: Maaf banyak2 tak selalu update ye, banyak je projek2 yang tak dipublish lagi, projek buat kuah yong tau fu(fishball tak jumpa,chickenball pon jadila), projek menjahit pencil box (aiyooo, jahit butang pun tak pro lagi), projek buat air kacang soya setelah dapat inspirasi dari ummu akmal๐Ÿ™‚ , projek buat kuih, projek barang recycle ngan ummu maryam, projek barang baby (relaku pilih Sebamed dari barang johson&johnson, but nunu nye product pun ok juga ya?)…manyak sangat projek lorrr..

SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

ุฑูŽุจู‘ู ู‡ูŽุจู’ ู„ูู‰ ู…ูู†ูŽ ุงู„ุตู‘ูŽู€ู„ูุญููŠู†ู

โ€œMy Lord! Grant me (offspring) from the righteous.โ€

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

Nur Izah Ab. Razak

30 Muharram 1430@ 27 Jan 2009

Madinah Al-Munawwarah.