Exam. Perkataan yang mendebarkan. Dah setahun lebih dah saya tak lalui sebarang exam akademik. Nanti balik Malaysia baru nak fikir nak amik exam ke tak..oh rajinkanlah hambaMu ni ya Allah nak ambil exam lagi..heheh. Hubby nak exam beberapa hari lagi ni, saya pula rasa berdebar-debar. Jadi nak bagi special treat sket untuk hubby memandangkan dia nak exam semester ni. Supaya dia lagi bersungguh-sungguh study dan dapat keputusan cemerlang kali ni. Lepas habes exam treat lain pula ye..

Mula-mula plan nak buat karipap pusing tapi kentang sudah abes, sardin pun dah takde. Maka hubby request buat donut. Sume bahan ada then nak habiskan cokolat masak yang dah berbulan menghuni peti sejuk ni. Tapi malas nak buat bentuk ring, so buat bulat2 je pastu cucuk kat stick.

doughnut dip choc

doughnut dip choc

Doughnut Dip Choc

3 cawan tepung gandum

2 sudu besar mentega (saya guna shortening pemberian ummu akmal)

1 biji telur

12 g yeast

1 1/4 cawan air suam

3 sudu besar susu tepung

4 sudu besar gula pasir

Coklat masakan, coloured choc rice, gula pasir halus utk dipping donut

Cara

1) Campurkan yeast ke dalam air suam, tunggu sampai berbuih

2) Dalam satu bekas lain, campur tepung, gula, shortening, susu tepung,telur. Masukkan air suam berbuih tadi ke dalam campuran tepung tadi dan uli sampai jadi doh

3) Letakkan doh dalam satu bekas, tutup dengan plastic cling wrap selama 45 minit hingga doh naik sekali ganda

4) Ambil sikit doh buatkan bentuk bulat sampai doh habis

5) Goreng dengan api kecil

6) Cucuk donut dengan stick (sebab nak elak jadi messy, bukan messi barcelona ye, kemudian boleh curah dengan coklat masakan (coklat masakan dicairkan dengan kaedah double boil), siap untuk dinikmati…

Kelmarin, hubby teringin benor nak minum air kacang soya. Tengok kat dalam kabinet dapur ada beberapa paket lagi kacang soya. Maka projek homemade air kacang soya pun bermula. Dulu masa sekolah rendah, ada sorang kawan ni selalu bawa air kacang soya ke sekolah sebab mak dia buat. Dalam hati kata, mesti susah nak buat air kacang soya ni. Sekali bila dah duduk kat tempat tak jual air kacang soya, maka terpaksalah saya belajar juga macamana nak buat. Rupanya mudah saja, dan lebih sihat kerana tiada bahan pengawet.

air kacang soya dalam botol kaca

air kacang soya dalam botol kaca

Homemade air kacang soya

300gm kacang soya

15 cawan air kosong (boleh adjust ikut suka)

Gula secukup rasa

Daun pandan (sini tak jumpa daun pandan, saya tak letak, saya ada pes pandan, tapi takkan nak air soya kaler hijau..)

Cara

1) Rendam kacang soya semalaman

2) Toskan air rendaman, ambil satu cawan soya yang dah direndam, blendkan dengan 3 cawan air kosong, blend sampai hancur dan keluar warna susu putih

3) Habiskan semua kacang soya dengan nisbah kacang soya dan air yang sama dan blend, kemudian tapis dengan tapisan kain (saya guna penapis mak keramat jahitkan, tenkiu mak..)

4) Tapis sekali lagi air jus soya tadi (sebab sebelum ni saya tapis sekali, ada ‘habuk’ di dasar botol kaca soya saya)

5) Didihkan jus soya, tambah air kosong baki tadi, letak gula dan daun pandan jika ada.

6) Siap, boleh dinikmati panas atau sejukkan dalam peti sejuk…yummmy..

p/s: kesian adikku di mesir yang terliur tengok donut ni, sori ya, nanti datang sini angah buatkan. Kalau adik duduk dekat memang angah akan hantar makanan bagi adik kenyang. Untuk member hubby yang minta resepi kuah yong tau fu, coming soon, sebab tak best nak publish takde gambar, tak sempat nak snap gambar dah licin kuah yong tau fu ku, macam tu juga nasib lasagne, tapi nak buat macamanakan…

SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ

“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

Nur Izah Ab. Razak

3 safar 1430@ 30 Jan 2009

Madinah Al-Munawwarah.